Mahasiswa Bersekedudukan: Trend Senyap-Senyap? | ! sha my heart

.

Rabu, 27 Julai 2011

Mahasiswa Bersekedudukan: Trend Senyap-Senyap?

Assalamualaikum...

Aku nak komen permasalahan ini. Jom korang baca dulu kesnya..


Baru-baru ini saya telah berbual dengan rakan sekerja saya yang berumur pertengahan 20an. Beliau telah mempunyai isteri dan seorang anak kecil. Rakan sekerja saya ini sebelum ini tinggal di sebuah apartment di ibukota berkongsi dengan seorang rakan bujang, seorang mahasiswa.

Manakala isterinya yang sebelum ini tinggal di kampung, telah dibawa untuk menghuni bersama di aparment/rumah berkenaan.

Dalam perkara ini tentunya rakan sekerja saya itu ingin menjimatkan duit, maklumlah isteri beliau tidak bekerja, maka mungkin persetujuan telah dibuat bersama rakan bujang tadi untuk berkongsi bayar sewa rumah.

Apa yang mengejutkan saya, rakan sekerja saya itu memberitahu bahawa teman wanita  wahasiswa itu ada datang menginap pada siang hari tetapi tidak bermalam di rumah itu. Secara sepontannya saya berkata kepada rakan sekerja itu, "ini adalah kes bersekedudukan".

Namun begitu dijawab oleh rakan sekerja, "ini adalah perkara biasa". Ramai penuntut/mahasiswa berbuat demikian.

Banyak persoalan bermain difikiran saya. Apakah hukumnya orang kelamin duduk menyewa satu rumah (tetapi berkongsi bilik) dengan orang bujang.

Adakah mungkin ini satu "trend senyap-senyap" penuntut mahasiswa kita yang mungkin kita anggap tidak berbuat perkara maksiat. Mungkin ada banyak perkara yang bermain di fikiran tuan-puan. Marilah sama-sama bagi nasihat ka? Pandangan ka? Silakan.



Ok, dah baca kan? Jawapan aku:

Perihal tinggal serumah dengan orang bujang.

Sebenarnya tak kisah. Tapi kalau macam tu, tentulah mendedahkan aurat. Sama ada penyewanya yang bujang ialah lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan mendedahkan aurat kepada pasangan yang telah berkahwin tersebut.


Perihal mahasiswa yang bersekedudukan


Jiwa muda, jauh dari ibu bapa.. Bebas melakukan apa sahaja kalau iman diletakkan di lutut.


Tak kira la kat mana sahaja, ada sahaja golongan yang membuat maksiat..

Trend senyap-senyap? Senyap-senyap pun, orang tahu jugak. Haha~

Aku pun pernah juga berkenalan dengan kawan-kawan sekos aku dan mereka selalu ke Danok, Thailand. Terkejut jugak. Nasib baik aku terselamat dari buaya-buaya itu walaupun ada yang menggodaku. Haha~ Kenangan lama, beb.

Aku tahu mereka berkelakuan macam tu pun bila aku dah tak ada kesempatan untuk jumpa dengan diorang lagi. Kalau tak, pasti aku pandang semacam jer pada diorang. Haha~

Siapakah diorang? Biarlah rahsia. Tak elok kan membuka aib orang. Biar kita simpan aib orang supaya ALLAH tutup pula aib kita..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

18 ulasan:

amni azmira berkata...

ish3..budaya yg xsihat..

AnNa FaRHaNa berkata...

ape la nak jadi mahasiswa sekarang...xada beza pun dgn org yang xdpt ke universiti dgn mereka yg jenis mcmni...perangai hodoh!!

Gee berkata...

sdey nya bila berlaku cmtu...takut hasutan syaiton bermaharaja lela...semoga kita semua dilindungi...(^_^)

Idham berkata...

masa sy belajar di UTM Skudai dulu, ramai yg bebas keluar masuk di rumah sewa.. Sy harap pihak universiti perlu bentuk badan khas memantau perilaku pelajar di luar..
Idham Xpression

sha my heart berkata...

amni: ya, sangat tak sihat sebab boleh bawa penyakit

sha my heart berkata...

anna: tau tak pe..

bila nafsu menguasai diri....

sha my heart berkata...

Gee: a ah.. sedih.

Semoga kita dilindungi-NYA.
Amin

sha my heart berkata...

idham: satu cadangan yg bagus.. boleh jugak la cegah maksiat, kan?

Nizam Ijam berkata...

sebab tu la aku single sampai sekrang..hehe

Anif Abdullah| AA berkata...

haiyoo.. boleh plak macam itu ya.Itu sebab mudah kena tangkap kering.huhu.\akak nak juin header tu ke? kena buat entry lu.. wekk :p

sha my heart berkata...

ijam: ye ke?

tak pe, percintaan selepas kahwin lagi best n berkat

sha my heart berkata...

anip: banyak kot.. itu tak kira yg buat dgn couple msg2.

ala, anip kedekut r.. haha~

abghani berkata...

BUDAK U AKEDEMIK MMG BAGUS TAPI MORAL KURENG CERDIK.TAK SEMUA SEGELINTIR SAJA.MUNKIN 5% SAJA.

malam ni bola malaysia vs s,pore=
Malaysia Boleh!!!!!

ABU berkata...

memang ada yg mcm tu..tp rasanya tak ramai..

sepatutnya mcm ni tidak berlaku.. ada yang cerdik tapi tak reti nak bezakan mana yg blh dn mana yg tak blh..

harap ada tidakan menguatkuasa agama..huhuhu

alif haris berkata...

huhu .. kes cmni pn ade eh ..
baru tawu .. ~

alhamdulillah uni saya wajibkan semua dok dlm ostel yg disediakan ..

sha my heart berkata...

Abg Ghani: bila dah jauh dari famili, boleh la buat apa sahaja..

Depan famili pun boleh buat perkara tak senonoh, ini kan pula jauh dari pandangan mata.

sha my heart berkata...

ABU: memang ada pun.

A ah, tak ramai tapi membimbangkan..
orang hantar suruh pergi mengaji bukan suruh buat experimen sains.

ya, semoga malaysia banyak pemeriksaan agama..

sha my heart berkata...

Alif: ada dik oi.. macam2 kes ada.

klu duk dalam pun sama jer. bukannya tak boleh nak kuar langsung, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...