Maafkan Aku, Aku Pun Kecewa Dengan Blog Ni | ! sha my heart

.

Rabu, 27 Julai 2011

Maafkan Aku, Aku Pun Kecewa Dengan Blog Ni

Assalamualaikum...

Entri peribadi, hati dan blogging.


Hari ni aku buat sedikit BW. Bukan sekadar BW tapi baca-baca entri diorang dan komen-komen.

Kebetulan hari ni, aku masuk ke blog yang hebat. Diorang siap ada matlamat yang jelas tentang blog, ada yang siap ada KPI lagi. Wah, hebat.

Terdetik juga, teruknya blog aku kalau nak dibandingkan dengan diorang. Diorang masih baru tapi blog diorang ada potensi. Blog aku? Dari tadi duk tunggu pengomen, sorang pun tak ada. Haha~ Rasa sedih juga. Tapi apa aku nak buat, dah bukan rezeki aku dalam bidang blog ni..

Nama jer aku ni dah lama duduk dalam dunia blog ni tapi tak ada tapak lagi. Kawan-kawan pun berapa orang lah sangat. Kawan-kawan, ok. Bukan follower.

 Mungkin salah aku, tak suka BW. Aku bukan tak nak BW sangat tapi aku tak nak ramai follower je tapi tak ramai yang komen entri aku. Sebab tu dulu aku stop dari BW.

Aku pun baru jer belajar pasal nak promosikan blog ke dalam facebook. Sebenarnya, aku malu sangat. Blog aku ni entah apa-apa. Hanya ada cerita peribadi dan terlalu peribadi. Aku risau ia akan sampai ke pengetahuan mereka, kecil hati pula.

Tapi sekarang, aku dah tak macam tu lagi. Aku promosikan blog aku. Memang la malu juga sebab blog aku ni masih entah pape. Nak buat kotak nak letak bloglist pun tak tau.. Entri pun tak membawa apa-apa kepada pembaca.

Aku malu kepada follower aku. Blog aku ni tak berguna. Blog aku tak membawa apa-apa makna kepada mereka. Sebab tu la, aku jarang nak tulis entri. Aku malu..

Cemburu juga tengok blog orang lain yang punya puluhan komen. Blog aku? Nak  ada satu pun susah..














Tapi tak apa.


1. Tulis apa sahaja

Semua ini akan membuatkan aku gembira kerana aku boleh tulis apa sahaja yang aku suka tanpa perlu nak fikir perasaan blogger lain kerana blog aku ni tak layak pun orang lain baca..


2. Tiada tekanan

Tiada tekanan untuk aku tulis entri yang bagus-bagus.. Aku boleh jer tulis pasal luahan hati aku tanpa tak perlu takut kalau-kalau menjejaskan rank visitor. Rank visitor pun tak ada. Haha~


3. Bukan kerana duit

Nuffnang aku tak bergerak untuk minggu lepas. Sedih jugak. Tapi what u give, u get back kan? Line internet aku ni teruk. Buka laman web Nuff pun seminggu sekali jer boleh.. Erm, patut pun Nuff dah tak pandang aku.. Sampai hati en Nuff.

Tapi tak apa. Aku berblog bukan kerana duit semata-mata. Kalau kerana duit, lain cara aku berblog.
Macam aku kata tadi, aku tak nak ada tekanan. Aku berblog untuk suka-suka, untuk melepaskan stress dan meluahkan perasaan.



Kalau korang pun rasa sedih macam aku, apa kata korang baca entri Sis Bui ni: Jangan Susah Hati



Aku minta maaf kerana blog aku ni tak mampu berdiri teguh. Terasa masih terumbang-ambing lagi. Sokonglah aku untuk terus kekal dalam dunia blog ni. Haha~ Bajet je ada orang nak sokong padahal blog ko tu sagant teruk, Sha. Ok-Sad! =(


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

6 ulasan:

jasiera berkata...

emok suka baca entri sha..sebab sha guna ayat yg mcm bese....laser2 pon ok jer..tak der istilah nak kipas2 org...kan?? best!!!!

kotak bulat berkata...

kalau sha update dan kb on9.. msti kb dtg sini.. :)

Anif Abdullah| AA berkata...

Ada jew yang baca kak.. Orang kata silent reader.Macam blog anip,diorang amik taw tapi xnak komen .hhuhu.. Maybe leh gak pasang receent comment..so,kita leh balas balik kunjungn orang yg komen tu..huhu

sha my heart berkata...

Jasiera: terima kasih kerana suka..

Guna ayat biasa, sebab sha orang biasa.

Jap, nak tukar kepada ayat istana.

Terima kasih daun keladi, adinda..

Tuai padi antara masak,
esok jgn layu-layuan;
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Haha~ siap dgn pantun lagi.. wakaka.

kipas? tak suka kipas murahan ni. Nak kipas brand Philips jer. wakaka~

sha my heart berkata...

KB: terima kasih kerana selalu kunjung sini, k..

sha my heart berkata...

Anip: Silent reader? TQ ingatkan.. A ah, ada. tapi diorang tak komen.

Tadi, siap dapat ucapan 'tahniah, selamat pengantin baru' dalam mesej hp. Haha~

Bila selidik kenapa cakap macam tu, rupanya dapat tau kak sha macam nak kahwin dari blog. Haha~

Recent comment? Tak perlu la, sebab kak sha memang selalu jer cek comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...