Ku Lepaskan Kau Pergi Dan Aku Mohon Undur Diri | ! sha my heart

.

Ahad, 24 Julai 2011

Ku Lepaskan Kau Pergi Dan Aku Mohon Undur Diri

Assalamualaikum...

Entri peribadi.


Aku tahu
aku bukan sesiapa
Aku sedar
aku bukan di hatimu
di hatimu cuma ada dia


Cukuplah dari menghubungiku
kerana nanti aku akann terperdaya dengan kata-kata manismu
manis bak madu
madu ataukah racun?


Cukuplah dari terus melayaniku baik
Tanam tebu di pinggir bibir
aku yang daif
terperangkap dalam mainan katamu.


Kau sibuk?
Itu bukan alasannya
kau sakit?
itu bukan dalihnya..


Tak apa, aku faham
aku berikan kau ruang dan waktu
mencari diri kau sendiri
apa mahumu
apa keperluanmu
apa kehendakmu


Dan aku akan pergi jauh darimu
kerana aku bukan untukmu
pergilah kepada dia yang kau dambakan selalu
bukan aku
kerana aku bukan sesiapa bagimu


Terima kasih kerana memberikanku kesempatan untuk bermimpi
izinkan aku pergi
membawa diri
mencari cinta suci
cinta sejati




Nukilan lubuk hati,
Sha
3.10 am
24 Julai 2011
Melaka.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

2 ulasan:

Anif Abdullah| AA berkata...

hm,akak ambik kelas sastera eh dulu? Susunan bahasa akak sangat kemas... Anif bukan pakar buat ayat sgt tp boleh laa..hehe

p/s:xde kene mengena ngn entry

sha my heart berkata...

Anip: tak pernah ambik kelas sastera. akak minat menulis dari sekolah menengah. maka adalah sikit hasilnya tersiar dalam newspaper dan majalah =)

Tapi apa yg tulis dlm entri ini adalah luahan perasaan. kemas ke? Biasa saja. cuma dua perenggan yg terakhir tu kebetulan rimanya sama. kak sha perasan pun masa nak buat ayat terakhir. Haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...