Langkau ke kandungan utama

Kenapa Kau Siat Hatiku? Pergilah Kepada Insan Dambaanmu

Assalamualaikum...


Entri peribadi.

Aku tak tau bagaimana untuk aku luahkan.. Er, korang tak perlu la nak ambik tau sebab ni adalah luahanku kepada seseorang yang pastinya bukan kalian. Ni kira tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jadi, tak perlu sesiapa pun terasa.

Perlukah aku bersabar lagi? Hidup memang menuntut kesabaran tapi aku tak tahu adakah berbaloi kesabaranku ini..

Semakin lama semakin menghiris perasaanku. Apa dosaku diperlakukan sebegitu?

Perlukah kesetiaan selama ini aku pertahankan,  dimusnahkan? Sedangkan dia langsung tidak pernah setia!

Aku tahu hatinya bukan untukku. Hatinya masih kepada insan yang pernah dia sayangi. Aku tahu itu.
Jadi, aku rasa, aku tak mahu lagi ada apa-apa hubungan dengan dia kerana ia akan melukaiku. Aku nak lepas bebaskan semua.

Apa guna dilingkari kemewahan andai hati tidak bahagia? Bagai burung di dalam sangkar emas..

Kelakuannya pun sangat berubah akhir-akhir ini. Hambar. Suara pun mendatar sahaja. Aku fikir, ini belum kahwin, kalau -aku sebut kalau k, kalau kahwin entah apa yang bakal aku terima? Mungkin caci maki dan sepak terajang menjadi pakaiannya..

Aku tak nak berhubungan dengan orang yang sedikit pun tidak punya hati kepadaku tetapi masih berangan untuk kembali kepada pelamin yang musnah.

Cukup lah, aku tak dapat bersabar lagi. Lagipun, aku sudah malas mahu layan karenah orang yang menyakiti hatiku. Aku hidup untuk bahagia, bukan untuk disakiti. Hadirku untuk membuatkan kau gembira bukannya kau membuatkan aku sedih.

Cukuplah segalanya sampai di sini, kerana aku tidak tega lagi menahan diri untuk kau ingat kepada dia.

Tipulah kau tak hubunginya lagi. Kalau tak kau tak kan tahu di mana dia ada sekarang ini. Kalaupun kau menghubungi abangnya, kenapa kau bertanya pasal adiknya?

Tak apa la. Aku tak nak tau apa-apa lagi. Hakikatnya, kau masih sangat sayangkan dia walaupun dia lah yang menconteng arang ke mukamu, muka ibu bapamu dan keluargamu.

Pasti kau pernah mendengar, 'sudahlah hodoh, perangai pula teruk' dan 'harap muka saja cantik tapi perangai buruk'. Untuk sape aku tujukan perkataan ini? Kau fikirlah sendiri.

Aku bukan orang yang selayaknya untukmu. Hatiku tak sekuat mana untuk berhadapan dengan orang yang menginginkan orang lain.

Cukuplah. Aku mahu bahagia sendiri, kerana aku tahu akan ada orang yang terbaik untuk aku, yang hatinya hanya untukku. Aku yakin dengan janji ALLAH.


Aku tinggalkan korang dengan puisi ini.
Memori Tika Hujan

Pabila dunia bertukar gelap
dan hujan mula turun
segalanya bagaikan kaku
seperti hari ini, tanpa ragu
ku tidak mampu mengelak
ku tidak mampu untuk tidak mengingatimu

Kini
Ku tahu ini penamatnya
ku tahu itu semua silapku
kini ku tahu semuanya palsu

Ku hanya kecewa dengan diriku
kerana tak upaya menahanmu angkara egoku

Tika hujan mencurah kau hadir di depanku
sepanjang malam aku terseksa
dan tika hujan mula berhenti, kau ikut
perlahan-lahan, setitik demi setitik, pergi...

Aku mungkin mabuk, lantas aku patut berhenti
rasanya mungkin aku rebah, dalam hujan selebat ini
namun itu bukan tanda aku merinduimu
itu bukan maksudku
hanya saat kita bersama terlalu singkat
sedangkan itu saat yang benar-benar kau dambakan.

Memori bersamamu terus bermain dalam ingatan
dengan alasan segalanya kenangan, ku langkahkan kaki
langsung tidak ku cuba untuk menjauhimu

Kini
ku padamkan segala tentangmu
kau ku buang jauh-jauh

Namun tika hujan datang lagi
semua memori yang ku buang jauh itu
muncul kembali di depanku.

Tika hujan mencurah, kau muncul lagi di hadapanku
sepanjang malam aku terseksa
dan pabila hujan berhenti, perlahan-lahan,
setitik demi setitik kau jua pergi

Kini tiada lagi jalan pulang bagiku
namun menatap wajah girangmu
ku akan cuba ketawa
kerana aku yang tiada daya menahanmu

Apalah dayaku jika ia telah berakhir?
Sesalan ku pun tiada gunanya
hujan pasti turun lagi
pabila ia berhenti, mungkin itu saatnya
aku tiada lagi.


Lirik: On Rainy Days -BEAST.


Semoga aku tabah.
Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker