Bila Nak Balik Ni? Hebat Ke Negeri Ko? | ! sha my heart

.

Khamis, 21 Julai 2011

Bila Nak Balik Ni? Hebat Ke Negeri Ko?

Assalamualaikum...

Entri peribadi. Kalau tak suka nak baca, sila pilih entri lain yang menarik seperti entri tips, agama, blogging dan lain-lain ikut selera anda :)


Aku sebenarnya mahu ikut kakakku pulang ke kampung. Kebetulan dia nak balik kampung, boleh la aku tumpang..

Tapi, kakakku di Melaka ini tak benarkan aku pulang lagi. Someone pun suruh aku pulang lewat. Maka aku pun stay jer macam biasa.

Malam tadi kakakku kata, aku tak lama kat sini. Ini juga sebab aku tak nak la berpuasa kat Melaka ni. rasa tak ada life. Ye la, rumah taman dan tak bergaul sangat dengan jiran.

Aku agak terkejut la kalau aku nak ikut kakakku di Klang balik kampung, maka aku kena ada di rumahnya selewat-lewatnya hari Khamis dah kena bertolak ke rumahnya.. Hari ini hari apa? Khamis!

Oh tidak, baru jer aku setkan mindaku untuk stay lama kat sini. Then tunggu kakakku pulang ke rumah sewanya, aku pergi sana pula dan boleh berjumpa dengan someone.

Sebelum ni, aku selalu cakap yang aku nak balik dengan kakakku. Tapi kakakku lagi sorang cakap, dia minta aku stay sampai 30hb. Aku jawab aku tak nak puasa kat sini.

Maka, nampaknya rancangan aku tak berjaya la.. Entah la, pening la aku. Aku tak ada kuasa nak buat apa-apa. Lagi pun aku duk kat Melaka ni memang kampung habis la. Nama je taman, tapi taman dalam kampung. Jauh giler dengan Melaka (Bandar). Dah tu masuk jalan macam hutan.

Korang nak tahu, line internet sini punya la teruk. Kampung aku pun laju jer line internet walaupun negeri aku belum berstatus negeri maju. Line radio tak dapat langsung. Hampeh  betul. Nama je negeri maju..

Kalau kat negeri aku, bukan saja tepi laut dalam line radio dalam laut pun dapat. Mana yang maju sekarang ni?

Lepas tu dia kutuk plastik beg biasa tu, dia kata kat negeri aku pelik sebab ada warna warni dan plastiknya agak tebal. Meh sini aku kutuk balik.. Kat negeri ko plastik satu kaler dan nipis. Senang terkoyak. Tak menarik langsung. Pale jer warna.

Minta maaf aku kutuk sebab kawan aku asyik kutuk negeri aku. Sekarang aku kat negeri dia, aku nak kutuk pula. Hehe~ Teruk kan aku.. Aku harap dia baca la entri ni. Ingat negeri dia bagus kot. Iya la, negeri maju dan perlancongan juga kecik nak dibandingkan dengan negeri aku, apa la ko.. Tak ada otak!

Dia ambik kos yang ada perkaitan dengan perbandaran, tak kan tak tau kot? Setiap negeri tu ada keistimewaan. Ada kelebihan dan kekurangan. Ada kawasan maju, ada kawasan mundur, ada kawasan miskin, ada kawasan kaya..

Aku tak terasa apa-apa yang majunya kat sini ni, ada yang maju, ada yang tak maju. Sama jer.. Masih kampung.

Ke nak aku sekolahkan ko balik?

Aku bukan marah, bukan dendam tapi sekadar mengingati.. Ko tu dah datang tempat aku nak belajar tapi ko kutuk-kutuk. Kalau tak suka, pindah la. Tak perlu nak pergi belajar kat situ. Aku rasa orang yang macam tu tak reti nak bersyukur.

Aku bukan nak kecoh-kecoh mana negeri yang terbaik.. Semuanya sama jer. Tapi jangan la suka hati jer kutuk. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Terima kekurangan dan kelebihan, bertoleransi.

Aku sebenarnya memang tak kisah dengan tempat tu teruk ke apa ke.. Aku tak kutuk tapi aku bersyukur kerana aku berjaya menjejakkan kaki kat situ dan boleh belajar serta meluaskan pandangan.

Buat apa nak kutuk-kutuk, kan? Buat tambah dosa jer.. Live it. Enjoy it. Itu lah differentiate between culture. Setiap negeri ada budaya berbeza. Unik. Bukannya asyik nak ngutuk jer tapi belajar.



Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

12 ulasan:

abghani berkata...

jgn marah,,be cool....

Jai berkata...

Errr.. Cer rilek, jagn marah.. he3

Anif Abdullah| AA berkata...

sabar kak..huhu
betul ke dalam laut dapat line? dasat~ ^-^

amna berkata...

melakaw area mana tu?
*marah orang melakaw kalaw bace ni. huhu

Adzriel @ Liza AB berkata...

itu yg buat rindu kampung sangat ye... apa nak buat. terpaksalah sabar.

Khairil berkata...

dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...

sha my heart berkata...

Abg Ghani: tak marah cuma lepas geram jer. Dia nak kutuk tempat orang pada hal tempat dia bukan baik sgt pun.

sha my heart berkata...

Abg Ghani: tak marah cuma lepas geram jer. Dia nak kutuk tempat orang pada hal tempat dia bukan baik sgt pun.

sha my heart berkata...

Jai: rilex2 saja..

chill sudey~

sha my heart berkata...

amna: rahsia..

akak tak kata kat orang Melaka.
tapi cakap mengenai kenyataan yg mana setiap tempat ada kebaikan dan keburukannya.

sha my heart berkata...

kak liza: tau tak pe.. hehe~

sha my heart berkata...

Encik Khairil: tau tak pa.. kena la hormat tempat org kan? kalau tak nak, balik la tempat sendiri, kan? =0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...