Langkau ke kandungan utama

Aku Sakit Tapi Tak Perlu Ko Tahu

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Dia: "Bila kita sakit, kita perlukan orang untuk memberikan perhatian kepada kita kan?"
Aku: "Tapi aku di sini bukan nak tarik perhatian sesiapa. Oh, tidak.. Aku tak lah semurah tu."

Aku pun bukannya nak tagih simpati korang.

Aku: "Aku cuma nak cakap, aku kurang sihat."

Aku sakit.

Dia: "Sakit apa? Bagitau la.."
Aku: "Biarlah menjadi rahsiaku. Tak la teruk sangat. Tak perlu risau"

Dia: "Tak teruk? Suara ko lain. Lemah jer. Muka ko pucat. Air mata ko mengalir. Aku pasti sangat sakit, kan?"
Aku: "Hmm.. Tapi, tak perlulah ko endahkan aku. Aku bukan sesiapa."

Dia: "Habis tu, aku ni sape?"
Aku: "Ko kawan aku. Kawan baik aku."

Dia: "Ha, tahu pun.."
Aku: "Ya. Aku minta maaf menyusahkan ko. Aku tak nak ko tahu aku sakit."

Dia: "Be tough, k. Aku tahu, ko tak nak orang tahu ko sakit. Aku tahu, ko cuba sembunyikan suara lemah ko tu masa aku call ko. Tapi, aku tahu, Sha."
Aku: "Ok.. Aku dah tak larat ni. Off."

Dia: "Take care, my dearie friend. Get well soon."
Aku:"TQ :)"


Aku mungkin akan diam selepas ni. Minta maaf kalau tiada entri dari aku. Aku berperang dengan sakit ini. Aku rasa macam nak tak nak sambut Ramadhan je, pada hal aku lah yang beria sebelum ni. Kerana sakit ini, aku rasa mood sambut Ramadhan aku lari..

Oh Tuhan, kuatkan imanku..

Selamat datang ya Ramadhan.. Ahlal wa sahlal ya Ramadhan al-Karim.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker