Langkau ke kandungan utama

4 Thing Make Me Happy Today

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Perasaan bercampur baur. Tapi semuanya perasaan yang positif. TQ Ya ALLAH..

Syukur kerana aku merasai nikmat iman dan Islam..

Eh, lari dari tajuk plak. Haha~

Hari ini aku terima berita-berita yang menggembirakan..

1st, mestilah mengenai hati dan perasaan. Terima kasih, awak. Bertuah saya kenal awak, awak seorang yang baik.

Er, tak boleh cakap banyak-banyak. Sebab kita hanya mampu merancang, DIA yang akan menentukan segalanya..

Semoga apa yang dirancang, akan diberkati-NYA.


2nd, ada terbau .. nasi minyak? Tak la.. Terbau peluang kerja. Belum dapat lagi tapi terasa happy sebab dah rasa bosan duk saja ni.. Haha~

So excited kan? Kalau korang tak pernah rasa duk rumah tanpa kerja atau perkataan yang difahami ramai, menganggur, korang tak kan tahu betapa gembiranya bila dapat tau ada kerja menanti anda.

Syukur ya ALLAH =)

Semoga aku cepat dapat kerja dan boleh membantu pembangunan negara. Ewah, macam la penting diri ko tu.. Haha~ Maksud aku setiap pekerjaan itu membantu pembangunan negara.


3. Kawan aku dah kahwin. Cantik gila dia. Dia memang sememangnya cantik bila mekap, aku tak kenal rupa dia weh. Sungguh, lain sangat. Cantik.

Tahniah ya..

Semoga berbahagia =)


4. Dah nak balik kampung.. Yahuu, bestnya!

Boleh melepas rindu kepada mak, ayah dan adik. Rindu nak panggil " Adeeekk", pada adik lelaki tunggalku. Boleh makan buah rambutan yang banyak tu.. Boleh buat cucur cempedak untuk dimakan petang-petang.

Boleh tolong adikku ke-5 buat sembat pada baju atau silang pangkah pada baju yang orang tempah pada dia.

Nak jumpa adik ke-6 yang baru balik ke rumah setelah berpraktikal di Johor. Budak Unimas.

Nak jumpa kakakku yang duk di Klang sekeluarga.. Nak main dengan anaknya..

Adikku yang ke-6 tanya aku bila nak balik? Diorang nak ajak pergi jalan-jalan, mandi manda kat tempat rekreasi kat Kedah. Yahuuu.. Bestnya..


Semua ini membuatkan aku gembira.. Sikap yang positif akan menghasilkan perkara positif juga.

Happy for that. Please pray for me..

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker