Langkau ke kandungan utama

Nak Minta Kerja? Ni Panduan Tulis Resume


Assalamualaikum...


Apa khabar?

Kali ini nak bagi tips penyediaan resume. Kita semua nak dapat kerja yang bagus, kan? Kalau nak dapatkan kerja kenalah bermula dari minta kerja. Nak minta kerja zaman sekarang ni kena la apply dan guna resume.

Artikel kat bawah ni aku ambik dari JobsMalaysia.info,(minta maaf, link tak dapat buat sebab tak tau kat mana. Dah lama, save kat laptop. History pun dah padam rasanya). Ada jugak penambahan dari aku.

  Jom kita geledah..

Adakah tuan/puan sudah memiliki resume untuk memohon kerja?

Fungsi Resume
Bidang kerja swasta, anda perlu menghantar resume kepada syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan.
Resume yang terbaik yang menarik, meyakinkan akan membuatkan anda dipanggil menghadiri temuduga. Ada company, biasanya dengan resume saja terus memilih pekerjanya. Ada juga hanya memanggil calon hadir temuduga hanya sebagai syarat sahaja.
Inilah kekuatan RESUME...


Wow, power jugak ya resume ni.. Yang bestnya mereka dah terima kita hanya berdasarkan resume je. Kadang-kala ada yang sudah terima kita cuma nak tengok diri kita saja sebab tu panggil untuk temuduga.

Di Sektor Awam pula, terutamanya SPA, ianya agak berlainan. Resume dilihat/dinilai semasa hari temuduga. Bukannya sebelum temuduga. Calon yang terpilih untuk hadiri temuduga dikehendaki untuk menyediakan resume. Dan dari resume tersebut, soalan-soalan temuduga boleh dihasilkan dan anda perlu menjawabnya.

Jika maklumat dalam resume anda palsu/keliru/tak jelas, bahaya buat anda. Ramai calon temuduga yang terperangkap dengan resume sendiri! Apa yang ditanya berkenaan info di resume tidak dapat dijawab. (Menipu kot?)

Maka kena la comprise and precise. Ringkas dan padat tapi jelas.
Berikut sedikit tips dari saya berkenaan penyediaan resume buat tuan/puan.

Bahasa
Sediakan resume dalam Bahasa Melayu. Dalam BI boleh juga, tapi pastikan anda ‘ready’ untuk disoal banyak dalam English. Biasanya, untuk apply di sektor swasta, resume dalam BI adalah lebih banyak digunakan. Manakala bagi sektor awam, resume dalam BM adalah yang terbaik.


Kalau guna bahasa Inggeris, pastikan korang boleh berbahasa Inggeris. Kang nanti dikatakan menipu pula. Pastikan juga perkataan dan ejaan adalah betul dan tepat. Jangan ada typo!

Ringkas dan padat
Maksima resume – 2 muka surat!
Usah lebih dari itu kerana ianya mampu membuatkan penemuduga ‘malas’ melihat kesemuanya.  Itulah yang terbaik! 2 pages sahaja. Dan pastikan resume anda padat!


Aah, kita pun malas kalau banyak-banyak sangat. Banyak kerja lagi nak buat.

Gambar
Gunakan gambar berwarna berukuran pasport pada bucu kanan resume anda. Ada juga yang letak di tengah, kiri. Tidak mengapa. Akan tetapi, sesuaikannya mengikut layout/template resume anda. Lain template, lain kedudukannya.


Gambar tu penting, nak tengok muka kita ni nampak jahat ke tak.. Eh, tak la, gurau jer. Biasanya diorang nak tengok muka saja.

Muka kena ceria dan kalau boleh senyum sikit. Bagi muka Nampak manis sikit. Tak tau nak senyum? Ambik cermin dan senyum.Tanya pendapat orang lain, ok tak senyum macam tu. Jangan senyum gatai dah la.. Erk!

 Trend sekarang ni pakai blazer atau kot. Ada jugak yang nakkan muka miring sedikit ke kanan. Ini berdasarkan pengalamanku bekerja di kedai gambar.

 Kertas
Resume hendaklah dicetak dengan kertas yang berkualiti. Disyorkan gunakan ‘glossy paper’saiz A4. Ramai orang sediakan resume dengan kertas A4 nipis saja. Usah ulanginya. Resume yang berkualiti, bersih melambangkan kesungguhan dan keperibadian diri si pemohon. Dan ianya mampu menambahkan persepsi yang baik pada si penilai.

Kawan Sha yang dah kerja kat syarikat besar cakap, lebih baik guna kertas yang berwarna lembut, seperti biru muda, kuning cair, ungu muda. Hal ini akan menjadikan resume kita lain dari yang lain. Tak la plain jer dengan warna putih jer sama macam semua orang lain buat.

Format
Pastikan format susunan maklumat pada resume anda adalah betul.
Pastikan ianya bermula dengan pengenalan diri anda. Jangan hentam kromo sahaja menyediakan resume. Pastikan FLOW nya betul!



Font
Gunakan font yang sesuai buat resume anda iaitu tahoma, arial,verdana atau calibri yang bersaiz 10-12. Jangan guna font pelik- pelik seperti handwritten, stencil dsbnya. Pastikan juga penggunaan font adalah sekata saiznya.


Jangan buat tulisan merengkul-rengkul yang susah nak baca atau tulisan kEcIL-BeSaR. Kan susah nak baca.

Setakat ini dulu. Korang ada nak tambah? Sila tinggalkan pesanan sepatah dua (kalau banyak pun tak apa) kat ruangan komen kat bawah ini, ya..

Terima kasih kerana sudi singgah dan tersesat kat blog ini. Selamat datang kepada pengunjung baru dan selamat membaca kepada pembaca setia. TQ sokong Sha. =)

Ni rujukan untuk korang:
http://theotherkhairul.blogspot.com/2013/09/modern-tips-temuduga-interview-kerja-etc.html


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. buat resume elok2, moga2 senang dapat kerja.. =)

    BalasPadam
  2. tq ye share tips...
    cunndaa mmg nak bt resume pun...^^

    BalasPadam
  3. @cunndaa

    sama2..

    apa yg baik elok dikongsikan.. =)

    BalasPadam
  4. Saya nak bagi anda ebook percuma tentang RAHSIA KEJAYAAN TEMUDUGA.Siapa nak? layari www.panduanresume.com

    BalasPadam
  5. cara bagaimana yg seelok2nya hantar resume.. melalui email atau hantar surat ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker