Langkau ke kandungan utama

Mood Blogging Aku Dah Makin Turun

Assalamualaikum...

Aku dah rasa hilang keseronokan dalam berblog ni.. Kenapa? Sebab aku agak sibuk dan line internet pun buat hal. Line banyak tapi lembab giler bila nak connect tu. Hish, memang bikin baran jer. Wakaka~

Aku sibuk? Tak ada la nak sibuk apa sangat. Cuma bila tiga hari berturut-turut ada je tetamu datang rumah, mengganggu rutin harian aku yang menghadap lappy di ruang tamu. Hehe~

Tetamu pula datang pagi-tengah malam, pukul 1.30 baru nak balik. Jadi, bila masa aku nak pegang Mr Len ni?

Dah la line pun teruk.. Geram.

Faktor cuaca pun memainkan peranan yang penting. Hujan + ribut+ gurh dan kilat pula sekarang ni petang-petang, dalam pukul 3 macam tu. Tak kan aku nak on line atau buka lappy kot? Kang kena panah petir, nangis tak berlagu la.. Maka, lagi la kurang aku nak berhadapan dengan Mr Len.

Wordless Wednesday aku tak dapat nak buat, dah nak up load pic, tapi tak dapat. Pic tu ada tapi tak dapat nak masuk dalam entri. Geramnya.. Berjam jugak la. Lastly, aku layan cerita Korea jer la. Lagi senang hati. Hahaha~

Masa aku tak dapat nak buka lappy, aku banyakkan membaca majalah-majalah lama. Banyak majalah lama. Tak semua aku dah baca. Kadang-kala tengok gambar jer, isu yang dipaparkan aku tak baca pun.  Haha, korang macam aku tak?

Majalah yang aku baca sekarang ni Majalah Remaja dan majalah Ujang. Dapat jugak ilmu kan?

Time aku tak dapat nak on line, aku buat assigment yang orang upah pada aku. Dapat la jugak duit memandangkan aku tak kerja lagi.

Sekarang ni aku hanya perlu beli barang yang penting sahaja. Top up handphone aku dah habis. Lantak la. Aku malas nak top up lagi. Aku pun malas nak ambik tau pasal handphone tu. Maksud aku pasal ada kredit ke tak ke.. Aku malas la. Bukan ada sape pun nak mesej aku since aku pun tak kasi sangat no tu kat sesiapa..

Teringat pula kat seseorang.. Kalau aku miskin, dia yang akan belanja aku. Time top up tak de, dia yang akan top up kan handphone aku. Bila la nak dapat orang macam tu lagi? Pak cik tu kedekut la. Fine la, aku pun bukan nak harta dia. Since tak ada pape hubungan..

Alamak, mula la teringat kat seorang lagi pula yang aku carikan jodohnya. Dia tak kisah pun kalau nak top up kan handphoneku. Baik sungguh. Dah lama kawan dengan dia, since 2008. Tapi kawan je la.

Korang rasa perlu tak aku hubungi mereka kembali? Ke aku perlu biarkan semuanya berlalu dan teruskan hidupku yang baru ini?

Entahlah, setakat ni, aku belum hubungi mereka lagi. Aku pun tak tau mana no handphone diorang. Tapi aku yakin, kalau aku cari, aku akan jumpa.

Mungkin aku tak akan hubungi mereka lagi. Aku nak mulakan hidup baru.

Bosan kan.. Erm.. Ada ke orang akan rindukan aku bila aku dah tak blogging?


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker