Langkau ke kandungan utama

Kenduri Di Rumah, Sibuknya


Assalamualaikum...

Entri ini tak ada nak cerita apa-apa. Just nak cerita ringan jer. Entri peribadi. E-diary.

Wah, kepenatan hari ini. Bayangkanlah buat kerja dari pagi sampailah pukul pukul 1, non stop. Penat seh. Tapi ok la, semuanya perlu sedia untuk menyambut tetamu.

Aku ditugaskan kemas rumah, adikku bahagian dapur, mak bahagian masakan, Adik bahagian luar dan ayah bahagian hiasan luar.



Satu kampung kot tetamu datang, jadi rumah kena la betul-betul bersedia untuk meyambut mereka. Kalau tak, ini membawa malu la.

Untuk pengetahuan korang, rumah aku ni selesa untuk penghuni isi rumah menginap. Tapi kalau untuk sambut tetamu kena la buat persediaan sebab orang tak kan sama dengan kita, kan? Mungkin diorang tak selesa dengan apa yang kita selesa, kan?

Kalau ada tetamu cilik yang datang, kena pula yang nakal-nakal, kang pecah itu ini pula. Jadi perlu la bersiap sedia. Letih jugak la berkemas rumah ni.

Aku pula buat bersungguh sebab tak lama lagi pun akan sambut kedatangan seseorang tu, kan? Jadi, aku buat sekali harung la. Sampai merah tapak  tanganku dan rasa sengal jemariku ini. Uwaa, gediks nak ngadu kat korang ni. Mana taknya, satu bahagian 4 kali aku kemas. Penat kot tapi terpaksa la. Nanti tak perlu nak susah-susah lagi.

Majlis hari ni bermula pukul 3 petang habis pukul 4.30. Then, kena serve diorang makan. Kemas semua siap pukul 6 petang.

Sedap sangat makanan hari ini. Menu apa? Bihun Sup, Laksa Kedah, pulut panggang yang aku balut dengan mak, cekodok jagung, cucur lompang, agar-agar + puding jagung (Adik Na, sepupu yang bawa), dan air sirap. Marvelous! =)

Sangat sibuk la hari ni. Nasib baiklah adik lelaki tak buat hal. Biasanya dia menghilangkan diri bila ada keramaian kat rumah ni. Tapi hari ni dia banyak tolong. Kalau dia tak ada, memang jenuh jugak la aku dan adik perempuanku nak uruskan persiapan hidang makan.

Thanks very to our neighbour: anak Kak Ma dan anak Kak Not yang banyak tolong hidangkan. Kalau tak, memang kami tak larat la nak angkut semua makanan. Tak cukup tangan.

Korang suka tak kalau ada keramaian dan kenduri? Apa part korang tolong?

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker