Langkau ke kandungan utama

Tips Menghadapi Pasangan Lebih Muda






Assalamualaikum...

Jom baca tips ini.. Er, korang ada pengalaman ke? Aku ada.
Kalau nak tau, klik sini, rimas seh dengan pucuk muda ni..
Bagi lelaki, memperolehi pasangan wanita yang lebih muda daripadanya bukanlah satu perkara yang canggung pelik.  Tetapi bagaimana kalau pasangan, khususnya lelaki lebih muda daripada  wanita? Kebiasaannya, ia akan menjadi ‘bahan bualan’ rakan-rakan  pasangan tersebut.

Masyarakat kebanyakkannya masih kurang menerima sekiranya berlaku  perkahwinan antara pasangan di mana pasangan lelaki adalah lebih muda  dari pasangan wanita.

Rata-rata dilihat kebanyakan perkahwinan berlaku  antara pasangan yang sebaya atau di mana pasangan wanita lebih muda dari  pasangan lelaki.

Namun jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai  yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu  Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah  r.a. adalah 40 tahun. Jarak perbezaan 15 tahun jauhnya.



Sebelum menikah  dengan Rasulullah SAW, Khadijah pernah menikah dua kali dan dikurniakan 3  cahayamata. Pertama dengan Atiq bin A'idz at-Tamimi, dan yang kedua  dengan Abu Halah at-Tamim (Hindun bin Zurarah).

Setelah berkahwin dengan  Nabi Muhammad SAW, mereka telah memperoleh 7 orang anak pula iaitu  Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah r.a., Qasim, Tayyab dan Tahir.

Dalam entry kali ini, bukanlah sirah Nabi yang menjadi isinya, cuma  kita haruslah berfikiran terbuka menerima pasangan tanpa mengira usia.  Paling penting yang harus dilihat adalah kemuliaan akhlak (agama)  seseorang itu, setuju?

Tidak mustahil, ramai yang akan menentang  hubungan seperti ini, walau bagaimanapun jika anda telahpun membuat  pilihan, teruskanlah tekad anda.

Apa kelebihan lelaki muda dan bagaimana anda mampu melayari impian bersama? Kali ini Laman-Seri kongsikan tips menghadapi pasangan yang lebih muda.

Tip # 1 – Bercerita sesuatu yang matang

Lelaki muda biasanya dilihat dikatakan  lambat matang dari segi fikiran dan juga tanggungjawab. Lebih ketara  lagi jika si wanita berusia 30-an dan pasangan lelakinya masih di usia  20-an.

Bila lelaki lambat matang, mereka tidak mempunyai matlamat, hanya  fikirkan keseronokan dan sangat kurang mahu bertanggungjawab. Kalau ada  yang marah dengan Laman-Seri tentang  perkara ini, nanti dulu ya!

Sebenarnya, menjalinkan hubungan dengan  lelaki muda ada kalanya mendatangkan beberapa masalah kerana mereka  biasanya masih keanak-anakan. Justeru itu, jika berbicara dengannya,  berbicaralah dengan matang.

Bincangkan topik yang boleh memcabar  mindanya atau yang boleh membuatkannya mengutarakan pendapatnya dan  pastikan bukan dia hanya mendengar memasang telinga sahaja.

Menurut pakar psikologi, lelaki agak lambat dari segi kematangannya  untuk mengambil tanggungjawab. Jika seorang lelaki yang belum matang  tetapi mahu berkahwin, dikhuatiri lelaki ini tidak dapat mengendalikan  rumahtangga sebaik-baiknya.

Dengan kata lain, kecenderungan untuk bebas  dari ikatan rutin biasa dalam hidup suami isteri amatlah tinggi.

Keseronokan sering kali diletakkan yang utama hingga membelakangkan  amanah dan tanggungjawab. Malah dia jarang sekali atau tidak fikir soal  dosa pahala, baik buruk, penghargaan terhadap pengorbanan orang yang  paling hampir dalam hidupnya.

Maka dalam hal ini, sebagai isteri kita  yang perlu mendidiknya (berkorban sikitlah, tapi jangan sampai diri  terkorban...) bersesuaian dengan kaedah-kaedah tertentu. Isteri perlu  kuat semangat dan bertegas jika mahu meneruskan kehidupan tanpa rasa  tertekan.
Tip # 2 – Biasa berlaku perbezaan pendapat

Wanita  sering kali mendambakan lelaki yang mampu memberikan mereka  perlindungan dan kasih sayang. Ini yang mereka cari dalam sebuah  perhubungan. Wanita mencari sebuah perhentian yang mana mereka ebrasa  selamat untuk didukukinya, bukan yang mudah karam atau tenggelam.

Namun lelaki muda biasanya jarang membincangkan soal perkahwinan  kerana belum bersedia menamatkan zaman bujang. Malah, anda juga mungkin  sering berbalah pendapat khususnya dari cara pemikiran, pakaian, hobi  dan sebagainya.

Sebagai wanita, anda perlu matang dalam menghadapi  perkara ini sekiranya mahu menyelamatkan sebuah perhubungan. Tetapi  kalau sudah asyik berbalah pendapat, fikirkan sebaiknya kerana anda  bukan mahu hidup sehari dua dengannya tetapi untuk selama-lamanya.

Tip # 3 – Buktikan kemampuan

Soal  cinta, jodoh pertemuan adalah urusan Allah Taala. Tidak salah jika  pasangan anda lebih muda, asalkan anda tahu cara untuk mengemudi sebuah  perhubungan. Memang anda akan menjadi bahan bualan masyarakat yang  mungkin mempertikaikan kemampuan anda untuk melayari sebuah perhubungan. 

Sebagai wanita, anda perlu buktikan bahawa anda adalah yang terbaik.  Umur sekadar angka sahaja, yang paling penting ialah bagaimana pemikiran  anda untuk mengharungi ujian yang mendatang.

Tip # 4 – Hormati pasangan walaupun lebih muda

Walaupun  pasangan anda lebih muda, janganlah dia diperbudak-budakkan atau  diperlekeh-lekehkan sesuka hati anda. Ingatlah, dia bukanlah adik lelaki  anda! Lelaki tidak kita lebih muda atau tua, tidak akan suka kepada  pasangan yang tidak mahu menghormati dirinya.
Tip # 5 – Lupakan kisah silam

Apabila  anda memilih pasangan yang lebih muda, bermakna anda perlu melupakan  rakan-rakan sebaya. Tapi ini bukan bererti anda harus memutuskan semua  perhubungan dengan rakan dan jugan pula terikut dengan cara pemikiran  mereka yang masih muda.

Pilihan sebenarnya di tangan anda, kalau anda  bersedia untuk hiudp dengan dia yang anda sayangi, bermakna anda harus  brkorban sebahagian perkara dalam hidup. Ini kerana alam perkahwinan  adalah perkara seumur hidup, bukan main-main dan sama sekali bukan untuk  diperjudikan.
Tip # 2 – Biasa berlaku perbezaan pendapat

Wanita  sering kali mendambakan lelaki yang mampu memberikan mereka  perlindungan dan kasih sayang. Ini yang mereka cari dalam sebuah  perhubungan. Wanita mencari sebuah perhentian yang mana mereka ebrasa  selamat untuk didukukinya, bukan yang mudah karam atau tenggelam.

Namun lelaki muda biasanya jarang membincangkan soal perkahwinan  kerana belum bersedia menamatkan zaman bujang. Malah, anda juga mungkin  sering berbalah pendapat khususnya dari cara pemikiran, pakaian, hobi  dan sebagainya.

Sebagai wanita, anda perlu matang dalam menghadapi  perkara ini sekiranya mahu menyelamatkan sebuah perhubungan. Tetapi  kalau sudah asyik berbalah pendapat, fikirkan sebaiknya kerana anda  bukan mahu hidup sehari dua dengannya tetapi untuk selama-lamanya.

Tip # 3 – Buktikan kemampuan

Soal  cinta, jodoh pertemuan adalah urusan Allah Taala. Tidak salah jika  pasangan anda lebih muda, asalkan anda tahu cara untuk mengemudi sebuah  perhubungan. Memang anda akan menjadi bahan bualan masyarakat yang  mungkin mempertikaikan kemampuan anda untuk melayari sebuah perhubungan. 

Sebagai wanita, anda perlu buktikan bahawa anda adalah yang terbaik.  Umur sekadar angka sahaja, yang paling penting ialah bagaimana pemikiran  anda untuk mengharungi ujian yang mendatang.

Tip # 4 – Hormati pasangan walaupun lebih muda

Walaupun  pasangan anda lebih muda, janganlah dia diperbudak-budakkan atau  diperlekeh-lekehkan sesuka hati anda. Ingatlah, dia bukanlah adik lelaki  anda! Lelaki tidak kita lebih muda atau tua, tidak akan suka kepada  pasangan yang tidak mahu menghormati dirinya.

http://3.bp.blogspot.com/-10mst62drew/TY2Zv23oj7I/AAAAAAAAHPQ/mA5SkAZUdB8/s1600/complete.jpeg
Sebenarnya bila menyentuh tentang kasih-sayang, ia tidak mengenal  batas. Sebab itulah kita melihat ada suami yang berusia 60-an dan  isterinya 20-an. Walaupun orang mungkin berkata, ia berkaitan soal  harta, tetapi inilah dinamakan jodoh.

Begitu jugalah halnya dengan lelaki muda dan pasangan wanita yang  lebih berusia. Hidup ini umpama maraton, ia sebuah perjuangan untuk  menang. Sama ada anda ebrlari laju atau perlahan, matlamatnya adalah  untuk sampai ke penghujung. Begitu jugalah dengan sebuah penghidupan.  Suka atau tidak, anda yang menentukan hala tuju anda sendiri. Tidak  kisah soal usia, asal anda pandai mencaturkannya.

Demikian sedikit-sebanyak tips yang sempat dikongsikan. Jika  pengunjung ada yang sudi kongsikan di sini, tinggalkan tips anda di  ruangan komen.

Semoga bermanafaat.                             

Rujukan : MW#1382
Wah, dah keluarkan entri memilih pasangan yang muda ni, ada apa-apa ke  Cik Sha? Er, sebenarnya aku sering saja disarankan supaya tidak melihat  umur dalam memilih pasangan.

Mungkin ini adalah waktunya yang sesuai untuk aku mencubanya? Siapa tahu ianya akan berhasil kan? Agagatai..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! 


18 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)