Langkau ke kandungan utama

Sah, Osama Sudah Mati

Assalamualaikum...

Amerika kan selalu menipu, itu yang orang tak berapa nak percaya. Pertikaian tentang gambar dan kesahan sama ada Osama meninggal dunia beberapa hari ini, akhirnya telah menemui jawapan. Sah Osama telah meninggal dunia.

Rasa sedih pula bila sumber berita mengesahkan Osama bin Laden telah meninggal dunia akibat dibunuh.. :-( Harap-harap mendapat syahid.

Jom baca berita di bawah ini..

Osama tak akan ditembak jika berbogel

WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dapat mengelakkan dirinya daripada mati ditembak oleh pasukan komando tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu rumah tempat tinggalnya di bandar Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu jika dia berada dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasukan komando tersebut telah diberi arahan supaya menembak mati Osama sekiranya dia ditemui dalam keadaan berpakaian.




Menurut sumber Kongres Amerika Syarikat (AS), pasukan komando telah diarahkan supaya menganggap ketua Al-Qaeda itu memakai jaket bahan letupan di badannya sekiranya dia berpakaian.
Osama dipercayai ditembak di dahi dan jantungnya semasa dia memakai baju tidur.

Operasi di Abbottabad itu dikritik selepas beberapa pihak menganggap ia bertujuan untuk membunuh Osama dan dia tidak akan diberi peluang untuk menyerah diri.

Beberapa pakar tentera dilaporkan berkata, bunyi bising ketibaan empat buah helikopter yang digunakan dalam operasi tersebut akan mengejutkan para penghuni rumah berkenaan dan memastikan bahawa pertempuran akan berlaku.

Kedatangan tanpa senyap itu kata mereka, merupakan petunjuk bahawa operasi tentera tersebut bertujuan untuk melakukan pembunuhan.

"Jika sesiapa dalam pasukan ini menganggap terdapat ancaman dalam apa jua bentuk, kekerasan membunuh dibenarkan (pihak atasan)," kata seorang pegawai komando Seal kepada akhbar LA Times berhubung operasi di Abbottabad.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan ketua penasihat antikeganasan AS, John Brennan yang sebelum ini menyatakan, pasukan komando berkenaan telah diberi arahan supaya menangkap Osama hidup-hidup.

"Jika kami mempunyai peluang untuk menangkap Osama hidup-hidup dan jika dia tidak mendatangkan ancaman kepada pasukan komando, mereka bersedia menangkapnya," kata Brennan

Bagaimanapun pada Selasa lepas, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta berkata, Osama membuat pergerakan yang mengancam menyebabkannya dibunuh.

Pada masa yang sama, White House mengeluarkan kenyataan bahawa Osama tidak bersenjata semasa dia ditembak di dahi dan dadanya. - Agensi dalam Kosmo


Imej 3 lelaki korban komando AS diperoleh

MAYAT seorang lelaki yang tidak dikenali yang  terbunuh dalam serangan pasukan elit tentera AS terhadap Osama  di Abbottabad, Ahad  lalu.
MAYAT seorang lelaki yang tidak dikenali yang terbunuh dalam serangan pasukan elit tentera AS terhadap Osama di Abbottabad, Ahad lalu.

ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah.

Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.

Gambar itu yang dirakam pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki kediaman itu selepas serangan berkenaan menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisional Pakistan dan seorang berpakaian kemeja-T dengan darah mengalir di telinga, hidung dan mulut masing-masing.


DARAH mengalir dari hidung, telinga dan mulut seorang lagi mangsa.

LELAKI berpakaian kemeja-T yang turut terbunuh. Lelaki ini dikatakan anak Osama (dalam Kosmo)
Pegawai itu yang enggan dikenali menjual gambar itu kepada Reuters. Tidak seorang pun daripada mereka kelihatan seperti Osama.

Presiden Barack Obama enggan mendedahkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda itu kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan dijadikan alat propaganda al-Qaeda.

Berdasarkan masa yang tertera, gambar yang dirakam paling awal ialah pada 2 Mei, 2.30 pagi, kira-kira sejam selepas serangan yang membunuh Osama berakhir.

Gambar lain dirakam antara jam 5.21 pagi dan 6.43 pagi.

Reuters yakin kesahihan gambar yang dibelinya itu kerana maklumat dalam gambar berkenaan menunjukkan rangka helikopter, sama dengan butir daripada gambar yang diperoleh sebelum ini. Tentera Amerika Syarikat kehilangan sebuah helikopter dalam serangan itu akibat masalah mekanikal. Ia kemudian dimusnahkan. - Reuters dalam Metro

Gambar anak Osama mati ditembak disiarkan


SEORANG lelaki dipercayai anak Osama bin Laden, Khalid mati terbaring di sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian bapanya
di bandar Abbottabad, Pakistan.


LONDON - Seorang anak Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, Khalid dan dua lagi penyampai mesej ketua Al-Qaeda yang ditembak mati dalam serangan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan disiarkan untuk tontonan umum.

Foto itu dirakam selepas serangan komando AS di tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan. gambar itu dikeluarkan oleh agensi berita Reuters semalam. Ia menunjukkan keadaan belakang kepala ketiga-tiga individu berkenaan yang berlumuran darah.

Gambar itu turut menunjukkan salah seorang penyampai mesej itu dan seorang lagi pembantu Osama terbaring di atas lantai. Setakat ini foto Osama yang mati tidak disiarkan atas arahan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana bimbang ia boleh mencetuskan rasa marah penganut Islam.

Kematian Osama itu sebelum ini diumumkan Obama di White House, Washington pada malam Ahad lalu. Mayat Osama dibuang ke Laut Arab selepas dia ditembak mati. - Agensi dalam Kosmo

Isteri Osama jadi rebutan AS-Pakistan


AMAL AL-SADAH


WASHINGTON - Amal Al -Sadah yang merupakan isteri termuda ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden menjadi rebutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan selepas Islamabad kelmarin enggan membenarkan AS menyoal siasatnya.

Amal penting kepada kedua-dua pihak kerana dia mengetahui tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam operasi membunuh Osama di samping maklumat tentang kumpulan Al-Qaeda yang diketuai suaminya.

Pakistan bagaimanapun melarang AS menyoal siasat Amal, 27, yang kini dirawat di sebuah hospital tentera di Rawalpindi kerana kakinya cedera akibat ditembak.

Wanita berasal dari Yemen itu menerpa ke arah anggota komando AS untuk melindungi suaminya semasa rumah tempat tinggal mereka di bandar Abbottabad, Pakistan diserbu pada malam Ahad lalu.

Anggota komando itu menembak kaki Amal tetapi dia tidak dibawa bersama oleh pasukan komando AS selepas sebuah helikopter dalam operasi itu terhempas di pekarangan rumah tersebut.
Amal kemudian ditangkap oleh pasukan keselamatan Pakistan.

Sebelum ini, AS melaporkan dia ditembak mati anggota komando selepas Osama menggunakannya sebagai perisai manusia untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, AS menukar cerita pada Selasa lalu dengan menyatakan Amal hanya cedera akibat ditembak dan dia tidak menjadi perisai manusia untuk melindungi Osama.

Perkahwinannya dengan Osama dilaporkan diatur bagi mengukuhkan hubungan dan pengaruh ketua Al-Qaeda itu di Yemen.

Amal dilaporkan berbangga kerana dapat menjadi isteri Osama.

Ketua Al-Qaeda itu telah menghantarnya pulang ke Yemen kerana bimbangkan keselamatannya tetapi dia berjaya kembali ke Pakistan walaupun dipantau oleh agensi perisikan AS.
Menurut majalah Time, wanita itu memberitahu penyiasat Pakistan bahawa mereka tinggal di rumah tersebut sejak tahun 2005.

Menurut Time, seramai enam saudara- mara Osama termasuk enam kanak-kanak dan seorang isterinya dibawa ke hospital di Rawalpindi untuk dirawat selepas pasukan komando AS melakukan serbuan. - Agensi dalam  Kosmo

Isteri Osama jadi rebutan

ISLAMABAD: Pakistan dan Amerika Syarikat terbabit dalam perbalahan diplomatik berhubung nasib isteri muda Osama bin Laden.
Amal al-Sadah menjadi tumpuan perebutan antarabangsa untuk menahannya selepas Pakistan enggan membenarkan Amerika Syarikat menyoalnya semalam.

Wanita warga Yaman berusia 27 tahun itu, berusaha melindungi suaminya daripada ditembak oleh anggota tentera elit Amerika dalam serangan Ahad lalu tetapi ditembak di kaki sebelum ditawan oleh tentera Pakistan.

Amal kini terperangkap dalam perbalahan Pakistan dan Amerika Syarikat mengenai nasibnya ketika kedua-dua negara berkenaan menyelar satu sama lain mengenai sama ada Pakistan melindungi Osama sepanjang 10 tahun lalu.

Tentera Amerika berhasrat membawa Amal bersama mereka selepas serangan itu tetapi meninggalkannya selepas sebuah helikopter yang terbabit dalam serangan berkenaan terhempas.

Amerika menuduh Pakistan melindungi ketua al-Qaeda itu menyebabkan pegawai negara itu enggan membenarkan Amerika menyoal siasatnya di sebuah hospital tentera di Rawalpindi, tempat Amal dirawat.

Menurut mereka, Amal akan dihantar pulang ke Yaman sebaik pulih. Tindakan itu akan menghalang Amerika memperoleh maklumat penting mengenai Osama di Pakistan.


Ia akan meningkatkan lagi dakwaan kononnya perkhidmatan perisikan Pakistan melindungi Osama dan tidak mahu butir mengenai hubungan Pakistan dengan al-Qaeda terbongkar. - Agensi dalam Metro

Pakistan ancam tindak balas

ISLAMABAD: Setiausaha Luar Pakistan, Salman Bashir semalam berkata, mana-mana negara yang melancarkan serangan di wilayahnya selepas ini akan berdepan dengan tindakan ketenteraan negara itu.
“Kami percaya serangan yang mereka lancarkan akan berdepan dengan kemusnahan yang teruk,” katanya.

“Pakistan sudah pasti mempunyai keupayaan secukupnya untuk menjaga pertahanannya sendiri.” Beliau berkata demikian tiga hari selepas tentera elit Amerika Syarikat, tanpa pengetahuan Pakistan, melancarkan serangan di Abbottabad, utara Islamabad dan membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden. - Reuters dalam Metro

Ooo, Pakistan ni ada kerjasama dengan rangkaian Al-Qaeda

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. biar betul...sedihnya.....

    BalasPadam
  2. Betul la.. tu sumber dari akhbar.

    Sedih jugak tapi sudah sampai ajalnya..

    BalasPadam
  3. anak dia pun kena tembak..kesian fiq tengok.

    BalasPadam
  4. Tu la, zalimnya mereka.. Kanak-kanak pun kena tembak. Apa salah budak-budak tu.

    Sha rasa kesian jugak..

    BalasPadam
  5. woah..nih memang betul nih..giler kejam..haish tak habis2 amerika nih takut sangat tergugat

    BalasPadam
  6. Betul la nur.. sedih2..

    polis dunia yg takut dgn byg2nya sendiri

    BalasPadam
  7. tak terucap.. zalim! ;(

    ya Allah, anta rabbuna.. salim na!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker