Langkau ke kandungan utama

Resipi Jus Tembikai Laici

Assalamualaikum...

Panas kan cuaca sekarang ni..?

Hari ni agak mendung, tapi hujan tak jadi pun..
 Teringat pula pada entri seorang blogger: Abu Ikhwan dalam blognya Kembara Mencari Hamba.

Daripada`Atha` bin Abu Rabah ra. katanya, dia mendengar Ummul Mukminin A`isyah rha. berkata:

"Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah baginda berjalan mundar-mandir.

Apabila hujan turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan kegelisahannya hilang. A`isyah berkata: Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda begitu gelisah.

Baginda menjawab: Aku bimbang kalau-kalau angin mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Muslim)


Best entri ni, aku suka.. Kalau korang nak baca, meh tekan Sini, akan ku bawa korang ke dunia fantasi.. Hehe~



Berbalik kepada entri dalam blog ni. Aha, apa kata kita pekena jus tembikai? Sedap ni dimakan waktu panas macam ni..

Hari ini dan entri ni nak bagi resipi jus tembikai laici.. Uii, sangat sedap, okay..

Jus Tembikai Laici 

Bahan-bahan
1/2 biji tembikai yang disejukkan
1 tin buah laici (asingkan sirapnya)
1 botol air mineral
Ais secukupnya

Cara-cara :
1.  Scop keluar isi tembikai, tinggalkan sedikit isi di bahagian bawahnya.
2.  Kisar isi tembikar yang dikeluarkan bersama air mineral dan sirap laici hingga halus.
3.  Tuangkan ke dalam kulit tembikai / gelas bersama isi tembikai dan laici .  Tambahkan ais.
4.  Jika suka manis boleh ditambah dengan sirap gula.



Jom cuba jus ni, menyelerakan tekak betul la.. :-)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Yummy! Bestnya rasa dia.. Sangat sedap okay

    BalasPadam
  2. Sedapnya sha.... nanti nk try la...

    nak tanya sha.. ada petua untuk batu yang panjang tak? Thanks ye!!

    BalasPadam
  3. nampak sedap je..nak try la nanti.

    BalasPadam
  4. balik umah nnt mau cube la...tp x mkn tembikai la...:(

    BalasPadam
  5. Jom2 try kak Eny.. Pasti sedap. hihi~

    Batuk? ada tapi antara sggup buat dgn tak je..

    BalasPadam
  6. Sila cuba, Fiq.. Sedap dan menyelerakan ni.. =)

    BalasPadam
  7. Cuba2.. Rugi tak cuba.. bg org lain makan.

    BalasPadam
  8. betol.. panas sangat. kalo lahhh rumah ni ada aircond!

    BalasPadam
  9. kita sekarang...

    panas salah..
    hujan pon salah..
    tak abih-abih merungut..

    BalasPadam
  10. klu ada air cond, mesti lah tinggi penggunaannya di wktu ni, kak karipap aka ibu qaiser :-)

    BalasPadam
  11. mana ada merunggut? terima dgn redha je..haha~

    BalasPadam
  12. sedappyee..dh r lapar ni k.sha..huhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker