Langkau ke kandungan utama

Resepsi Impian: Berangan Nak Jadi Bride (Pengantin Perempuan)

Assalamualaikum...

Cantik pula rambutku ini ya..
Mesti la cantik, banyak jugak perbelanjaan dan jenuh jugak menjaga rambut.
Kalau la rambut yang cantik ini dihias dengan.. er, didandan oleh jurudandan untuk majlis pernikahan, pasti cantik, kan?

Entri mengedik dah tiba.. Haha~ Tetiba nak buat entri macam ni.. Mesti yang ada menyampah, kan? Er, boleh la sekali sekala jer, bukan macam minah tu yang menggedik jer setiap entri dia. Huhui, siapakah dia? Erm, kalau korang alert dalam dunia blog ni, kenal la dia. Whaha~


Berbalik kepada entri gedik ni, tetiba aku rasa nak jadi bride daa, bila tengok rambutku yang panjang..

Pengantin perempuan.

1. Nak pakai baju cantik yang bersewa ratusan ringgit er, nak pakai gaun, kasut nan indah, perhiasan emas yang kemilau warnanya *ting! Sound effect berbunyi..

Bunga sekali dengan permata-permata


2. Dimekapkan oleh jurumekap artis, tak nampak la segala parut marut jerawat ni. Pakai contact lens warna biru.. Gediks nak bermata biru, baru la boleh cakap omputih sikit. Whaha! memang gediks betul la, kan?

3. Rambut pulak didandan oleh jurudandan popular.

4. Aku nak pakai inai jugak.Bukan inai tangan tapi inai badan yang sekarang ni popular kat Barat dan Arab. Inai warna silver.

5. Nak wajah yang segar, maka kena la pergi facial dan spa.

6. Tak lupa, cameraman yang terbaik. Mesti mahal. Sebab aku nak gambar yang terbaik. Erm, tak suka bila tengok picture yang tak perfect ni. Rasa macam nak arah-arah jer bagi cantik gambarnya. Even aku yang tak ada kamera digital single-lens reflex (DSLR) pun tau nak ambik gambar bagi cantik, orang yang adanya tak pandai ambik gambar, pelik la. Mungkin aku berbakat kot. See, kepoyoan berlaku lagi.

Bukan apa, aku jumpa orang yang ada kamera DSLR dan buat kerja sebagai kameraman, siap ada yang buka kedai lagi. Dua orang, ok..Tapi gambar yang dia ambik, fuh, sakit hati jer tengok. Nak tak nak jer ambik gambar. Hii, geram. Kalau aku boleh ambik gambar masa tu, memang aku akan ambik punya la..

Maka mencari cameraman yang terbaik adalah penting. Aha, si Asfar yang diambik untuk jadi cameraman untuk geng Master hari tu, dia pandai ambik gambar. Ada kawan aku tu, bajet je pandai ambik gambar, aku suruh join budak-budak camera, tak nak.. Berlagak nak belajar sendiri. Aku tengok, aku punya hasil gambar lebih baik dari dia yang pegang DSLR sendiri.

Tak perlu la nak berlagak atau ego, la kawan. Diorang tu semua ok ja. Even aku yang bukan cameraman join diorang pun, diorang tak kisah. Tak belagak pun.

Mula-mula segan jugak nak join diorang, ye la aku ni nak katakan ada kamera DSLR, kamera digital pun dah tak de plus even handphone pun cap ayam, tak de camera. Tapi, diorang okay jer. Menghargai aku sebagai seorang yang menghargai hasil usaha mereka dan percaya aku punya bakat. Ayat yang last, aku suka dengar tu. Hihi~


7. Nak jugak buat video klip ala-ala Nadia si anak Nasimuddin pemilik NAZA tu.. Giler best dia punya video. Grand livina betul la..

8. Buat pula majlis kat taman bunga, tabur-tabur bunga dan baling bunga pegang.. Wah, cantik. Siap dengan belon buih-buih dan belon gas. Lepas tu, kissing depan tu. Haha~ bengonk

9. Tak dilupa, kek..

Rujukan untuk korang:
1. Bride of theYear untuk tengok apa planning yang perlu ada dalam resepsi Inggeris.
2. bandmwedding.com baik untuk tengok barangan pengantin Inggeris.
3. fashion2fun.com macam-macam tips kecantikan ada.

Er, ni adalah entri gediks. Tak semua impian aku, akan aku laksanakan. Aku pasti akan tetap bertudung dan tak kan pakai inai henna lukis macam orang India buat tu. Aku tak kan bersanding. Sebab semua tu adalah ajaran Hindu.

Ini adalah resepsi impian orang omputih la.. Aku orang Melayu Islam, tak mungkin buat macam ni.
Nantikan resespi ala Melayu pula..

p/s: nak buat entri ni pun makan masa 3 jam lebih, sampai sakit jari-jariku.. Kalau korang just copy n paste entri aku, memang aku tak halalkan.. Penat kot nak buat entri. Korbankan masa aku yang begitu bernilai untuk tengok movie. Hihi~

p/s/s: excited nak kahwin mungkin akan ambik masa yang lebih lama. Maka, bersiap awal la kalau nak semuanya sempurna.

Sumber: Google dalam website, taip bride. Keluar la..

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker