Langkau ke kandungan utama

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 3



Assalamualaikum...

Ini adalah iklan racun perosak - Eh, merapu! Wakaka~

Ini adalah sambungan drama Indonesia bersiri, haha. Kalau belum baca, ada la moleknya tuan hamba semua baca dulu, k.
Kau Yang Ku Sayang (Blogger) Part 1
Kau Yang Ku Sayang (Blogger) Part 2
Patik menunggu kedatangan tuan hamba di sini. Jangan sesat jalan, ya.

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, bunga yang layu pada musim gugur..
Eceh, menyanyi lagu Shahir plak.

Itu la yang aku rasakan dalam hubungan kami.. Aku ni bagai melukut di tepian gantang je. Tapi aku akan tetap menanti akan kemaafan itu walau seribu tahun lagi, aku akan tunggu.

"Kenapa kau bodoh sangat, orang dah tak nak tu, sudah la."

"Oh, bukan sebab itu. Ada sebab lain."

"Sebab apa?"

"Sebab ni la yang aku nak cerita pada korang. Shhyy, jangan bagitau pada orang lain."



Perbalahan

Sebelum aku nak cerita pasala perbalahan yang berlaku, adalah eloknya aku sambungkan rahsia yang dia bagitau pada aku.

Apa yang aku bagitau pada korang ini adalah rahsia yang boleh aku beritahu. Rahsia dia yang lain, aku masih erat memegangnya. Biar mati anak, eh apa pula peribahasa ni. Okey, biar pecah di perut, jangan pecat di mulut.

Aku tak tau nak ceritakan macam mana pada korang. Untuk pengetahuan semua, part yang seterusnya, sudah lama aku siapkan. Tapi untuk part ni, sungguh berat untuk jemariku menari di atas keyboard. Hatiku sedih.


Siapa yang tidak sedih, kita sudah lah merajuk, terasa hati dengan dia, alih-alih tahu, dia juga terasa hati dengan kita. Kita pula yang kena pujuk dia. Tapi sampai sekarang dia belum mahu memaafkan kita. Rasa sangat sedih. Rasa kosong. Sepi.

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Lirik Lagu Pergi - Aizat (OST Talentime)


Sedih. Nak nangis. Tapi tak jadi nak nangis, membuatkan jiwa rasa makin sedih. Kesedihan itu tak dapat nak dilepaskan, meronta-ronta dalam dada ini. Pilu.

Chat

Kami sering berchat kat facebook. Dia pun jenis tak kisah, bila je aku sapa dia kat chat, dia akan balas.. Aku ni bukanlah kaki chat tapi aku suka chat dengan dia. Kenapa ek? Jeng, jeng, jeng...

Best sangat kongsi cerita dengan dia. Dia akan bagi masa untuk aku bercerita, "cerita la, aku dengar", dengan tak menyampuk. Memang selesa la nak bercerita.. Ye la, kadang-kadang biar la kita cerita habis dulu, baru la nak komen ke apa ke, kan?

Aku pun apply perkara yang sama pada dia. Bila dia sudah habis mengarang ceritanya, baru aku tanya "sudah?" atau bagi pendapat. Kalau belum, aku akan biarkan dia meluahkan segalanya. Ada satu ketika aku tinggalkan lama jugak monitor aku, siap makan, dia tak habis lagi bercerita. Panjang sungguh ceritanya. Berjela-jela. Haha~

Dia mula memberitahuku cerita tentang peribadinya. Maaf, aku tak boleh nak ceritakan di sini. Walau kami masih bergaduh begini, aku tak akan beritahu sesiapa perkara tersebut. Dia sudah amanahkan aku untuk menjaganya. Aku akan jaga.

Mesti ada yang mempertikaikan kenapa aku buka rahsianya yang lain? Itu rahsia biasa. Tiada nilai apa-apa kalau orang lain tahu pun. Ok, korang faham, kan?

Ok, sambung balik. Aku makin mengenalinya bila rahsia itu dia beritahu kepadaku. Pada mulanya, aku desak dia dengan soalan dan syak wasangka. Aku juga manusia biasa yang punya perasaan pelik bila sesuatu yang kita tahu tak elok, tetapi dia kata elok.

Apakah dia? Er, senyum tak perlu kata apa-apa. Haha~

Selepas itu, berlaku sedikit pertikai yang positif, sebab aku pun tau jugak pasal dunia komputer ini. Eh, tetiba cakap pasal dunia komputer? Sebenarnya, ada isu dalam dunia komputer, bukan setakat teknikal. Harap korang faham. Kalau tak faham, abaikanlah. Tak penting pun. Ahaks~

Baru aku tau dan faham apa tujuan kumpulan dia. Aku tak sangka. Ingatkan luar negara saja yang ada. Aku bangga jugak dengan kumpulan macam tu.

Ada sekali tu dia tanya aku, desak-desak aku suruh teka apa warna hati dia. Sebab dia tahu apa kelebihan aku; boleh nampak hati orang. Aku malas nak baca hati dia sebab aku risau aku salah tengok ja. Dia pun ada ilmu jugak.

Tapi dia desak aku. Nak tak nak, aku buat jugak. Aku cuba trace hati dia. Ok, siap scan.

"Aku nampak hati ko warna kelabu."
Kalau warna hitam pekat adalah orang yang paling jahat. Semakin cerah warna, semakin baik orang itu.

"Eh, kenapa warna kelabu pulak?"

"Sebab ko nak buat jahat dengan aku tadi," aku berterus terang.

"Aku gurau je la. Dengan kawan-kawan aku tak buat macam tu. Sampai hati ko nampak hati aku macam tu," dia sedih.

"Itu yang aku nampak, itu la yang aku cakap"

"Tapi, sampai hati.." Ala, nak merajuk pulak mamat ni.

"Ko yang paksa aku tengok kan? Aku tak nak tadi" Dia diam.

"Ala, rileks la. Ia berubah-ubah la" Bila dengar macam ni, dia kembali ceria. Kembali rancak bercerita itu, ini. Senang jugak nak pujuk dia ni ek? Hehe~


Rahsia

Satu lagi rahsia, dia beritahu aku.
Dia cakap, dia akan pergi tak lama lagi. Aku faham maksud dia, tapi aku tetap bertanya untuk mahukan kepastian.

Dia rasa hairan kenapa aku boleh tahu. Aku jawab, aku tahu sebab aku boleh baca hati orang. Dia dapat terima jawapan tu.

Dia terangkan kepada aku. Dia sakit. Dia kata sakit sangat. Doktor kata, bulan sampai 6 ni je jangka masa umur yang dia ada. Sebab tu dia tak nak pergi bakti siswa (baksis).

"Wei, aku sedih.. Aku nangis" Air mataku mengalir laju. Sungguh, aku sayang dia.

"Jangan la nangis. Aku ok jer," pujuknya untuk menyedapkan hatiku.

"Aku masuk hospital, tapi aku tak bagitau famili aku"

"Aku cakap pada Umie aku, aku dah tak nak sambung belajar. Sebab aku dah nak mati," Air mataku ini, memang turun lancar je.

"Umie aku tanya, kenapa?"

"Aku cakap tak ada apa-apa. Umie aku suruh aku belajar. Aku belajar ni semata-mata untuk Umie dan famili aku. Lepas exam ni, aku nak duk rumah puas-puas dengan famili aku sebelum aku pergi. Tak sabarnya aku nak balik kampung. Exam aku habis 15 haribulan,"

"Ko tau, aku ada tulis pasal ni dalam blog aku. Pemergian"

"Tau. Aku baca. Aku dah syak." Pendek jer ayat aku, sebab aku menaip dengan pipi dan tangan yang basah.

"Nanti, lepas dua minggu, kalau tak de berita dari aku, ada wakil aku akan beritahu yang aku dah tak de." Meluru lagi air mataku.

"Ok la, aku nak tido," dia minta izin.



Aku fikir, kenapa la begini nasibku? *Begini lah nasib diriku yang malang, oh Tuhan~ baca dengan nada lagu dalam Ali Baba Bujang Lapok. Haha, sempat lagi..

Aku sempat menyiapkan sebuah entri. Meh klik sini.

Aku stalk page fb dia. (Minta maaf, aku stalk fb ko). Nampak ada seorang yang dikenali, blogger jugak. Aku add. Kemudian, aku chat dengan dia. Aku selidik pasal ko dengannya.

Kami adakan woman chat. Gadis tersebut ada perasaan pada ko. Dia suka ko. Tapi dia malu nak akuinya. Aku nasihatkan dia supaya berterus terang dengan ko. Tapi, dia kata, kalau dia sukakan seseorang, dia akan pergi.

Kemudian, pagi tu aku masih ingat, aku bangun buka laptop dan si dia menyapaku di ruangan chat fb. Kami chat seperti biasa.

Aku tanyakan khabar dia. Sungguh, aku takut akan rasa kehilangan. Jugak, aku beritahu dia yang gadis semalam itu menyukai dia.

"Wei, ada orang kirim salam pada ko. Dia fallen in love with u. Haha~"

"Ko jeles ke?"

"Jeles? Oh, no!"

"Aku tak kisah la. Lantak dia la." Uii, tegasnya dia ni.

Sekali lagi aku tanya khabar dia. Dia gelak. "Aku ok jer",  aku tahu dia sembunyikan rasa sakit itu.

"Kenapa ko beritahu semua ni pada aku?"

"Sebab aku percayakan ko"

Selepas berbual-bual seperti biasa, aku minta izin dia untuk beredar, sebab aku kena kerja siang tu.

"Aku tak boleh lama ni. Aku nak pergi mall." Ikutkan hati, aku tak nak berganjak. Tapi aku kerja dengan orang dan aku pun dah lambat waktu tu.

"Buat apa pergi mall?"

"Kerja. Part time" Itu perbualan terakhir kami.

Semasa perjalananku dari MISC ke mall, aku tak henti-henti fikirkan dia. Aku risaukan kesihatan dia. Tapi masa kerja, aku fokus buat kerja. Ha, baik tak aku? Wakaka, poyo la lu..


Ada suatu malam pula, kami bincang pasal pertandingan yang kami sertai. Dia cerita tentang seseorang yang kami kenali. Aku pun mengeluarkan fakta apa yang aku tahu.

Kemudian, aku merajuk kata dia tak datang pun ke blog aku.

"Ada la, aku pergi jugak blog ko. Blog ko berat." Dia kata blog aku berat? Berdesing telinga aku! Cepat-cepat aku timbang blog aku dan resultnya aku nyatakan kepada dia. Faktanya memang tak berat pun.

Ah, dia beri alasan yang tidak munasabah. Aku kecik hati. Macam ni ke kawan? Aku sanggup korbankan masa tidur aku semata-mata layan chat dia. Tapi nak jenguk blog aku pun tak boleh? Malam tu jugak, aku remove facebook dia. Aku rasa tertipu. *Tipah tertipu, bang..

Kalau nak tau luahan hatiku pada masa tu dan kenapa aku remove fb dia, klik sini.

Aku rasa sunyi bila dia tak ada. Kosong. Tak pula dia cari aku. Itu menguatkan jangkaanku yang aku ni tak ada apa-apa makna pada dia. Ada ke tak ada ke, sama saja.

Bila dah lama, aku ambik inisiatif untuk add dia balik. Kenapa aku add dia balik? Sebab aku rasa, aku tak sepatutnya remove dia. Tapi, aku tak sabar malam tu.

Sehari, dua hari, tiga hari dia tak approve lagi. Pada mulanya, aku faham yang dia bizi dengan exam. Examnya berderet. Aku tau pun sebab kawan aku adalah kawan dia. Aku suruh kawanku kirim salam pada si dia. Kawanku berjanji dan beria pasti salam itu dia kirimkan. Gembiranya aku hubungan tu akan kembali mekar.

Namun, bila aku tanya balik, dia kata, "xx duk depan sekali," Mendengar jawapan tu, punah rasa harapanku.

Kemudian, bila dia ada masa renggang dengan exam, aku mesej dia. Aku speaking London.

Accept me, plz. Friend?


Tiada sebarang balasan. Kalau korang, apa korang nak buat?

P/s: Aku sedih. Aku bersalah. Tapi bagaimanakah caranya untuk aku minta maaf?

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Kite sedih.. kite tak suke nk gaduh dgn kawan kite.. ;-(

    BalasPadam
  2. anda sangat suka menulis :)
    cita2 sy nak jadi seorg novelis..tapi rs mcm mustahil je ^_^

    BalasPadam
  3. bace hati aku bole? rase2 skrg ni hati aku wrne pe?

    sedih juga kisah budak tu kn..bole x bg link blog die?

    BalasPadam
  4. Menulis?
    ya, untuk meluahkan perasaan.. hehe~ kite ni cerpenis tau. Haha~ poyo.

    Berusaha lah, moga2 anda mampu menggapai cita2 anda. Doakan awak. =)

    BalasPadam
  5. Warna hati ko? Ia berubah-ubah la.. Ko nak aku scan kena la chat. Jom chat. Agagatai~

    Link? Ko nak ke? Boleh aku tau ko nak buat apa ek? Er, jap budak yang mana, gadis tu ke? Ekeke~

    BalasPadam
  6. Ni kisah benar yang terjadi dekat awak ka?...ish sedih juga saya baca ni...tapi hati saya kuat..apa warna hati saya?...

    BalasPadam
  7. Ini adalah iklan racun.. lalala~

    Sedih? tq sudi tumpang sedih..

    Hati warna apa? Nak warna apa? Kite malas nak teka2..Wakaka~

    BalasPadam
  8. sambung lagi..
    smbung lagi...
    hehehe*_*

    BalasPadam
  9. ye la, memang nak sambung pun.. dah siap tapi dalam proses penambahbaikan.

    Tq 4 ur support =)

    BalasPadam
  10. walaupun awak tak mau teka tapi tahulah dalam hati saya ada bendang...

    BalasPadam
  11. @Khairil

    encik Khairil kaya, boleh la ada bendang.. hihi~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker