Langkau ke kandungan utama

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 2





Assalamualaikum...


Aku kembali lagi untuk menyambung tali kasut yang telah putus.. Eh, tak de kena mengena.. Aku nak sambung balik part 1 tu.. Belum baca? Klik sini kau yang ku sayang (blogger) part 1


Oh ya, apa nak sambung ya? Rahsia? Oh, dia ada memberitahuku rahsia. Rahsia penting yang aku tak boleh bagitau pada sesiapa terutamanya kepada mereka yang bergelar blogger dan rakan bloggernya. Ada dua rahsia penting. Satu mengenai dunia perkomputeran dan satu lagi mengenai dirinya.
 

Ok, kita bincangkan pasal rahsia dunia perkomputeran terlebih dahulu.

Dia ajak aku join pertandingan mencari blog, dianjurkan oleh syarikat swasta yang sedang rancak berlangsung. Pada mulanya, aku malas nak join sebab tak suka nak promote-promote ni dan tak ada kawan banyak sangat.

Kemudian dia bagitau aku rahsianya, dia mempunyai ramai rakan-rakan siber dan dia merupakan admin dalam satu forum yang mana gabungan antara Malaysia-Singapura dan Brunei.

Bukan sebarang main cakap saja, dia tunjukkan aku bukti. Dia bagi link. Aku masuk ke sana.  Dia jugak suruh bagitau atau cari saja namanya kat sana, pasti semua orang tahu.. Wah, hebat. Memang layak la nama blog dengan tuannya. Aku kagum. Nama blognya yang aku ragui adakah sehebat tuannya kini terbukti dia memang layak dengan nama itu.

Setelah dipujuk, aku pun tergerak hati untuk menyertai pertandingan itu walaupun pada mulanya aku malas. Tapi memandangkan ada orang minta aku masuk, aku pun menjoinkan diri.

Katanya, dia minta aku temannya dia sana, sebab kami ni blogger baru, newbie. Kalau aku masuk, ada la kawan dia dan semakin bersemangat la dia. Sasarannya nak buat blogger otai sentap. Haha~

Sempat juga la aku berhujah, kenapa suruh aku masuk? Kenapa tak suruh kawan-kawan rapatnya masuk?

Dia kata, diorang tak berminat. Habis tu aku ni berminat ke? Dia kata lagi, diorang tu tak aktif blogging. Aku ni aktif blogging. Okey, alasan yang boleh diterima.

Sekonyong-konyongnya, aku join la. Wah, ayat purbakala tu.. Hihi~ Sungguh susah nak buat benda tu..(tak tau la pada korang) Dia ajar aku step by step. Tapi ada jugak yang susah nak buat. Dia terangkan satu persatu.

Sebenarnya aku bukanlah orang yang tak tau bab dunia siber ni. Aku suka explore. Jadi, memang aku suka buat sendiri la. Tapi nak join pertandingan itu amat susah bagiku kerana banyak yang aku blur.

Ada satu masa tu dia tanya, sudah siap ke?
Aku jawab, “aku tak buat pun, aku tak tau,” terus terang.

 
“La, ko ni..macam ni, bla bla bla’. Dia terangkan semula..

Aku bukan tak nak buat tapi malu wooo asyik tanya jer. Nanti dicop OKU pula. Orang Kurang Usaha. Tapi dia tak kisah pun. Sabar je melayan pertanyaan aku.

Nasib baiklah dia ada. Kalau dia tak ada, mahu saja aku tekan butang tutup pada penjuru tab laman pertandingan tersebut. Berkat kesabaran dia mengajarku sedikit demi sedikit, aku pun berjaya mendaftar dalam pertandingan yang mahsyur tu. Wah, korang jeles tak? Ekeke~



Aku beritahu dia kedudukan blog aku. "92."

"Wah, bagus sebab yang bertanding semuanya 300. Bagus la blog ko." Pujinya. Er, bagus ke blog aku? Biasa saja.

"Tapi blog ko lagi bagus dari aku, ranking tinggi." Aku balas. Ranking pada masa tu no 5. Gile ar. Semua yang ranking tinggi tu memang popular habis la.. Cuma dia je la yang newbie. Yang lain, otai. Cayaa lah!

"Diorang yang otai pun belum tentu lagi ada kawan ramai nak vote diorang. Aku biasa je, newbie." ujarnya merendah diri.

"Oh ya, ni aku bagi link ko. Simpan elok-elok. Aku dah undi ko. Ala, ko tengok, dengan satu undi saja boleh ubah kedudukan. Dah naik ke 82," sambungnya.


Gembiranya aku.. Haha~ Rasa macam lawak pula bila blog sendiri, blog ini mendapat tempat dalam senarai tu. Aku kan newbie. Blog pun entah apa-apa. Masuk ni pun sebab saja-saja, dah kawan merayu, masuk je la. Bukan kena duit pun.

"Meh link ko, aku nak undi", mintaku.

"La, ko tak undi aku lagi ke?"

"Hehe~ Jangan marah. Aku tak tau nak buat la tadi. Sekarang dah tau. Hihi." Aku bagi alasan.

"Isk ko ni, sabar je la. Ni link aku.. ****."


"Terima kasih sebab bagitau aku pasal peraduan ni dan ajar aku. Kesian ko, susah payah ajar aku."

"Tak ada apa la. Ko pun pernah tolong aku dulu. (Tak ingat? Klik sini). Aku betul-betul berterima kasih kat ko. Kalau ko tak bagitau aku, macam tu la agaknya blog aku."

La, sebab ni rupanya bersusah payah dia ajar aku dan sampai tak tidur. Kami chat dari malam sampai pagi. Hehe~

"Ok, kira 0-0 la ni, ek? No hal la. Aku bagitau apa yang aku tau jer. Aku pun masih belajar banyak perkara lagi dalam bidang ni. Ko pun lebih pandai dari aku. Banyak ilmu. Ko newbie, aku ni noob jer. Ko dah layak aku panggil otai." Jawabku.

"Aku bukan otai la. Aku dapat banyak support dari kawan-kawan aku. Nanti aku suruh diorang support ko plak."

"Baik otai. Haha~" Aku menganjing dia. Dia buat-buat marah. Hihi~

Pagi tu, aku buat promosi dengan meletakkan link dia bersama dengan link aku. Aku buat macam tu sebab aku rasa sangat berterima kasih kat dia sebab dia la yang memperkenalkan aku kepada peraduan tu. Bukan itu saja, dia jugak tunjuk ajar ku sifu! *Sila baca dengan nada lagu tema Mentor, k. Haha~



Owh, aku sudah jatuh hati dengan kebaikan pemuda ini. Kuang3.. Haha~

Rahsia pasal dirinya tu nanti aku ceritakan lain kali, k. Sabaq na…

P/s: Sebenarnya, ramai suruh aku sambung cerita Kau Yang Ku Sayang (Blogger) Part 1. Ada apa yang menarik ek? Minta maaf kalau cerita ni tak kick macam part 1. Ini cerita betul-betul la, bukan dugaaaan.. * dalam filem Pendekar Bujang Lapok..

Apa yang korang suka dalam cerita yang bersambung ni?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Rahsia? Syhhh.. jgn beritahu dia

    BalasPadam
  2. ahahha cne la klo blogger bgadoh pasl blog.. =.='

    BalasPadam
  3. hi sha~dak SME bank datang melawat... sha dpp mana?

    BalasPadam
  4. Macam mana? Oh, jawapan kpd soalan itu telah banyak orang jawab.. u cari ek, dhilla.. I malas nk cakap, nanti kena saman.. Haha~

    BalasPadam
  5. dia adalah seseorang yang istimewa di kalangan kawan-kawan dia =)

    Ah, jiwang plak kak Sha..

    BalasPadam
  6. ni yg aku marah ni..

    jeles? bukan la!

    pasal 1 dah bace..2 dah bace..3???

    mane yg part 3 nye ni??? geram ni geram!! cepat updet!!

    (eh??!)

    BalasPadam
  7. Wah, ada permintaan suruh update daa.. Laku jugak cerita aku ni, ye. Perasan. Hihi~

    Sabar la, bro.. Aku kena ambik feel dulu.

    Nanti dah release, aku bagitau ko, peminat setia cerita aku ni.. Ekeke~ jgn marah.

    BalasPadam
  8. wah wah, hebat lah kalau dah dua dua blogger.

    BalasPadam
  9. Hebat? Mana ada hebat.. Kami biasa jer.. *humble..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker