Langkau ke kandungan utama

Eh, Nak Marah Pulak? Lempang Kang



Assalamualaikum...

Dah lama aku nak buat entri ni. Tapi masih simpan dalam kepala jer. Kenapa? Sebab agak sibuk sikit. Aku kan kerja. Tapi sekarang, agak ada masa.

Bila ada tokey kedai minta kita buat perundingan atau dalam bahasa tingginya bagi konsultansi tapi alih-alih marahkan kita pulak.

Ok, aku bagi contoh yang mudah.

Tokey kedai ayam goreng tanya pasal perniagaan dia. Kita pun buat la kajian, itu ini. Buat SWOT analysis.. Ingat senang ke nak buat analisis semua ni kalau tak ambik masa dan pemikiran yang bernas? Nak susun ayat dalam laporan lagi. Kadang-kadang boleh jem kepala hotak, tau tak..

Kalau senang, ko buat sendiri la..







Kita ni punya la ikhlas nak tolong syarikat dia, alih-alih dia marah kita.. Dia kata,

"Pi la makan kat KFC. Jangan duk mai makan kat sini!"
Dah tu, depan orang ramai kat kedai dia pula. Waktu tu, kami tengah makan dan gembira menikmati ayam goreng istimewa, terhenti makan. Malu kami.

Eh, pak cik perut boroi, sapa yang gedik-gedik minta tolong buatkan konsultan? Merayu-rayu dengan keluar air mata dan air hidung?

Nak marah pe hal? Orang nampak kelemahan dia, dia jugak yang suruh cari kelemahan dia.. Bila nak bagi konsultan tu kena la tau apa kekurangan, kelemahan, ancaman, kewangan, hutang, semua la..

Kitaorang buat ni bukan suka-suka tau. Eh, nak hambur plak suka hati ko, pe hal?!

Sebagai seorang konsultan, kami jaga rahsia syarikat yang ambik service kami. Jadi, pak cik tak perlu risau la kami nak pecahkan rahsia syarikat pak cik.

Cuma kami terkilan sangat, pe hal pak cik nak sindir kami? Apa salah kami?

Dah sindir-sindir, kami pun malas la nak ambik tau lagi pasal perniagaan pak cik. Tapi boleh pula pak cik datang kat pejabat kami dan sapa kami macam perkataan tu pak cik tak pernah hamburkan. Maaf la, sekali pak cik tak minta maaf, sekali tu la kami tak kan maafkan.

Hubungan antara pejabat ke pejabat masih berjalan elok, tapi tak mungkin kami akan berbuat baik dengan pak cik lagi, kalau perangai pak cik masih macam tu. Terasa seperti melepaskan anjing tersepit, anjing tu datang gigit pulak.

Siot, aku benci orang macam tu! Kalau dia datang jumpa aku pun, aku akan tetap borak tapi tak mesra la..

Ini adalah pengalaman peribadi yang aku olah supaya tak terkena dengan orang yang dimaksudkan. Sungguh, geram dan baran rasa hati. Boleh perli-perli pulak. Tau la ko tu tokey besar.

Benci ko la..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker