Langkau ke kandungan utama

Seorang Lagi Guru Silat Nahas Jalan Raya Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Seorang lagi guru silat nahas jalan raya meninggal dunia

March 22, 2011

ALOR SETAR, 22 Mac — Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang awal pagi semalam meninggal dunia hari ini setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan keseluruhannya enam mangsa maut akibat kemalangan itu.
 
Che Ishak Hussin, 55, dari Kampung Tualang, Pokok Sena meninggal dunia pada pukul 2 pagi di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan dalam otak dan patah kaki kanan.
“Semasa ayah meninggal awal pagi tadi, kami sekeluarga berada di sisinya dan kami reda dengan ketentuan Ilahi,” kata anak sulung mangsa, Mohammad Zahir Che Ishak, 36, ketika ditemui di hospital itu hari ini.
 
Semalam, lima guru silat maut apabila van yang dinaiki sembilan orang terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang.
 


Kemalangan pada pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Buluh, Selangor selepas mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di sana.
Mereka yang terbunuh ialah Jumaat@Saad Mat Akir, 62, dari Jitra, Juhari Darus, 65, dari Kodiang, Ahmad Ismail, 65, dari Langgar, Sudin Deris, 65, dari Langgar, dan Ishak Awang Kechik@Hanafiah, 78, dari Pokok Sena.
 
Mohammad Zahir berkata ayahnya sangat aktif dalam persatuan Silat Rela Bakti Alor Rela, Langgar dan merupakan pemain serunai dan gendang.
Sementara itu, rakan karib mangsa Johari Arifin, 54, berkata arwah Che Ishak sangat baik dengan rakan-rakan dan seorang yang pendiam.
 
“Kali terakhir saya berjumpa dengan Che Ishak dan lima rakan yang meninggal semalam ialah pada 9 Mac lepas. Masa itu kami bersama-sama berlatih silat.
 
“Walaupun kami daripada persatuan silat yang berbeza, kami sering berjumpa dan mengadakan persembahan bersama kerana kami di bawah Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah,” kata Johari yang merupakan pesilat daripada Persatuan Silat Kalung Jaya.
 
Jenazah Che Ishak akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang tengah hari ini. — Bernama dalam Berita Harian dan The Insider

Ni link newspapernya:
SeoranglagimangsanahasPendangmeninggaldunia/Article
seorang-lagi-guru-silat-nahas-jalan-raya-meninggal-dunia/

Ni link entri aku:
abangku-terlibat-dalam-excident

  Aha, aku dah jumpa perkataan yang sesuai.. Walaupun kami daripada persatuan silat yang berbeza, kami sering berjumpa dan mengadakan persembahan bersama kerana kami di bawah Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah, menggambarkan  sepupuku, Mat Deris (nama sebenar Mohd Idris Senafi) adalah antara orang yang berbakat dan terhebat di antara anak Kedah. Haha~ Tak de la.. Dia cuma aktif dan terpilih untuk mengikuti rombongan tersebut (hamble).

Nak tengok gambar dia? Gambar terbaru tak de la.. Gambar lama, ada kot.. Nanti aku belek laptop ni..

Dah belek laptop. Alamak, gambar aku cuma ada tahun 2009 ke atas jer. Tahun 2008 ke bawah tak ada. Aduh, banyak gambar dan banyak kenangan banyak tu.. Uwwa... Ni le pasal tukar barang (transfer) dari laptop lama ke laptop baru., tertinggal or terpadam.. :-(

Merindui gambar-gambar itu bersama teman-teman. T-T, nangis.. Haha~ gediks..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker