Abangku Terlibat dalam Excident yang Meragut 5 Nyawa?? | ! sha my heart

.

Selasa, 22 Mac 2011

Abangku Terlibat dalam Excident yang Meragut 5 Nyawa??

Assalamualaikum...

Pada pukul 6 lebih tadi aku dapat mesej dari Ayah: *some text cannot show* ian di Jalan Haji Titi Idris, Pendang.
Aku buka balik bateri handphone cap ayam tu. Haha~ Tapi tak masuk jugak mesej tu. Aku tunggu malam. Tapi tak masuk jugak mesejnya. Jadi aku tanya balik. Kemudian Ayah call aku.

Ayah: Awatnya, kata tak dapat mesej? Mesej sekerat?
Aku: A'ah. Sekerat. Dapat yang belakang ja. Jalan Titi Haji Idris, Pendang.

Ayah (dengan nada sedih): Oo.. Mat Deris (sepupuku), Abang (abang kandungku), Pak Ndak (bapa saudaraku) dan orang silat pi tunjuk silat kat Selangor. Masa balik...

Hah, apa yang jadi masa balik? Tapi aku harus bersabar..


Ayah: masa balik, depa excident. Langgar pokok.

Aku: Oo..

Ayah: Lima orang mati..
Aku: Innalillah wa ilal hi ro ji un... Depa naik apa?

Ayah: Naik van, 9 orang.
Aku: Ramainya..
Cepat-cepat tanganku menggoogle  taip surat khabar tempatan.

Ayah: Empat orang mati, sorang mati kat hospital. Tiga cedera. (wah, lengkap dan detail betul ayahandaku ini memberi penerangan. Haha~)

Aku: Sapa yang meninggal?
Ayah: Orang lain.

Aku: Oo.. Sapa yang kita kenal yang pi lagi?
Ayah: Mat Deris, Abang, Pak Ndak..

Abang pi jugak?
Ayah: Bukan abang, abang Pak ndak..
Oo..

Tersalah faham aku.. Fuh, selamat.

Ayah: Mat Deris berjahit kat kepala dan kaki.. tapi dah keluar hospital.
Aku: Pesakit luar..

Ok, itu je la point chat dengan ayahku yang aku nak sampaikan. Yang lain-lain tu, keep it secret. Haha~

 Di bawah ni aku copy dan paste beritanya. Esoknya mesti ada gambar. Hehe~ Ada ke?


Lima Guru Silat Terkorban

ALOR SETAR: Lima guru silat dari sebuah persatuan silat maut selepas van yang dinaiki bersama empat murid mereka terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang, pada 3.30 pagi tadi.

Mereka yang mati di tempat kejadian ialah Ahmad Ismail, 65, Juhari Darus, 65, Jumaat@Saad Mat Akir, 62, manakala yang meninggal dunia di hospital ialah Sudin Deris, 65 dan Ishak Awang Kechik@Hanafiah,78.

Presiden Persilatan dan Pergendangan Kedah, Haris Fazilah, berkata mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Buloh, Selangor, selepas mengadakan persembahan gendang silat pada Sabtu lepas.


"Semasa kejadian, pemandu van, Roshidi Ahmad, 24, dikatakan mahu mengelak sesuatu menyebabkan dia hilang kawalan dan melanggar pokok," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.

Kemalangan itu juga menyebabkan seorang cedera parah manakala tiga lagi turut cedera. - Bernama dalam Metro



Manakala berita dalam Kosmo ialah bertajuk 5 Guru Silat Maut dalam Kemalangan di Pendang, juga bersumberkan Bernama.

Kesiannya kepada mereka. mesti famili mereka menantikan kepulangan mereka. Tapi mayat saja yang dihantar pulang, jugak denagn van. Tapi van mayat. Sedih.

Aku dapat menarik lepas lega sebab sepupuku tidak meninggal. Mat Deris ni dari kecik memang minat dengan silat sampaikan masa kecik-kecik pun dia masuk pertunjukan silat pada usia 5 tahun walau dia belum belajar silat. :-)

Bila besar, dia masuk silat bersama adikku, ZulHilmi. Namun, dia pergi jauh apabila bukan sahaja silat yang dia tahu tetapi jugak meniup serunai, mengetuk gong dan memalu gendang. Biasanya dia akan ikut persatuan menunjukkan persembahan Kesenian Kedah kepada masyarakat luar atau di negeri lain.


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

1 ulasan:

sha berkata...

Fuh, salah faham rupanya.. Haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...