Langkau ke kandungan utama

Perihal Seorang Aku... Sha (8)



Assalamualaikum...

Aku orang Kedah dan kata-kataku memang kasar sesuai la dengan orang Kedah.

Jadi, tak perlu nak terasa lebih-lebih kalau ko buat salah dan aku marahkan ko. Kalau aku tak minta maaf lagi, itu tandanya, memang perkataan itu layak untuk ko!

Ko nak tarik muka dengan aku? Tarik la. Ko nak luahkan perasaan tak puas hati ko, buat la. Ada aku kisah?

Aku cuma akan marah bila ko buat salah. Tapi kalau ko tak buat salah, lembut bicaraku adalah seperti perempuan Melayu terakhir..



Jadi, bila ko buat salah, jangan nak terasa kalau aku marahkan ko. Aku tak kan marah-marahkan ko. Aku cuma akan marahkan ko. Tak faham? Macam ni.. Aku cuma akan marah sekali saja (singular). Aku tak kan marah ko berkali-kali (marah-marahkan ko) tu plural.. Ada faham? Hehe~

Aku ni sebenarnya panas baran. Tapi ko tengok aku sangat sabar, kan? Ya, aku penyabar sekarang. Tapi jangan dilupa yang aku ni panas baran. Jadi, bila sampai kesabaran aku meletup, aku akan jadi panas baran balik. Sebab tu la ko kena marah.

Nak marah aku balik? Marah la. Aku tak kisah. Kalau memang sesuai dengan kesalahan aku, aku terima. Tapi kalau bukan salah aku, aku buat don't know saja.. Ringkas saja hidupku, kan?

Aku tak biasa untuk menipu. Jadi, kalau aku bersabar (= menipu diri untuk terima kenyataan yang aku tak boleh terima), suatu hari aku akan bercakap jujur juga. Pada masa tu, ko kena marah la.


Tak suka aku? Ada aku kisah? Aku cuma hidup dengan jujur menjadi diriku.. Kalau ko tak suka aku, itu ko punya pasal. Tak ada kena mengena dengan diriku.

Kadang-kadang, kita perlu sedikit ketegasan. Kerana hidup ini seperti pokok, kalau tak ada batang, lembut longlai..




 P/s: Adakah entri ni nak tunjuk baik? Oh, tidak. Ni adalah entri kekurangan diriku.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Kalau ko kenal aku, ko akan tahu siapa aku..

    Tapi kalau ko kata macam-macam kat aku, better ko jangan nak cari aku lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker