Langkau ke kandungan utama

Perak Haramkan Tarian Poco-Poco

Assalamualaikum...

TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


 
Dulu pernah terdengar jugak, poco-poco diharamkan di sebuah bahagian di Indonesia. Sekarang dah kat Malaysia. Alhamdu lillah.. Semoga kesedaran dan iman ini bertambah.

Pernah dengar masa kecik, ustaz cakap, kalau menari ni tak baik.. Ala, dah lupa plak apakah balasannya.. Waduh, aku dah tua.. Yang aku ingat, kalau kita tak sembahyang, seluruh alam termasuk tumbuh-tumbuhan, tanah, haiwan akan mencaci kita dan minta keburukan ditimpakan kepada kita, kata ustaz tu. Nau'zubillah..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
1 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)