Langkau ke kandungan utama

Aku Dah Jatuh Cinta



Assalamualaikum...


Hai pembaca sekalian.. Apa khabar?


Aku rasa happy sikit hari ni walaupun belum makan dan banyak lagi kerja nak kena settlekan..


Kenapa happy?

Sebab aku dah jatuh cinta..

Hah, biar betul?!

Betul la..



Tak de la. Gurau jer. Lagipun dia adik aku kot. Memang aku menyukai dia tapi tak mungkin la dia suka aku. Kalau ya pun, sekadar sebagai seorang kakak jer kan? Kak Mentor, itu jer yang selalu dia panggil aku. Dah terlupa nama aku kot. Haha~


Kenapa aku suka dia? Sebab karektor dirinya. Aku tahu, dia orang baik. Terlalu baik. Lagi satu, sebab hidungnya yang mancung. Waduh, aku dah gilerkan orang yang berhidung mancung ni. Haha~



Ramai pulak bebudak ni berhidung mancung. Jenuh nak pilih. Ni semua gara-gara Lee Min Ho la.Haha~


Ok la, aku gurau jer. Tak mungkin la dia nak suka aku. Aku pun saja ja cakap macam ni. Kalau sesape yang baca entri ni, harap maklum ini adalah sebuah gurauan seorang kakak kepada adiknya.


Tambahan pula, namanya yang sama dengan my lil' bro kesayangan tu, karektor pun dekat-dekat sama. Dia adik aku kot.. Korang dah tau kan adik aku nama apa, jadi aku nak tunjukkan pula gambar mamat ni. Harap tak timbul sebarang permasalahan atau perselisihan faham. Aku tak de apa-apa hubungan dengan Zul.

Bergambar bersama bapa saudara Adek, orang penting dalam persatuan. Tetiba Zul datang, ajak je masuk sekali dah alang-alang dia duk kat tepi, siap possing.


Ok la adik, terima kasih kerana bagi Kak Sha kesempatan untuk aktif kembali dalam persatuan. Besar jugak amanah yang diberikan dan alhamdulillah, Kak Sha mampu menjaga amanahnya. Syukur.


Jadi, apakah motif tulis entri ni? Motifnya nak ucapkan terima kasih kerana sudi terima semula kehadiran Kak Sha dalam persatuan walaupun dah lama tak turun. Kekalkan keramahan dan kesengalan walaupun dah jadi Yang Di-Pertua (YDP) ok..


Kenangan indah bersama persatuan sentiasa terpahat di hati ini.


Semoga nanti kita akan berjumpa lagi.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)