Langkau ke kandungan utama

[TERKINI MESIR]: Tangguh Dulu Perjalanan Pulang

Tangguh Dulu Perjalanan Pulang


KUMPULAN akhir pelajar Malaysia yang dibawa pulang menerusi Ops Piramid tiba di Pangkalan Udara Subang kelmarin.



MEMBAKUT - Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dinasihatkan supaya tidak pulang ke tanah air buat sementara waktu kerana keadaan di negara bergolak itu dipercayai akan beransur pulih berikutan peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak malam kelmarin.


Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kementeriannya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, akan sentiasa memantau keadaan di negara itu.


"Kita akan melihat dulu situasi sekarang sebelum membuat sebarang keputusan," katanya di sini semalam.


Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat Mesir yang membantah pemerintahannya sejak 30 tahun lalu dan mengumumkan peletakan jawatannya melalui Naib Presiden, Omar Suleiman yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen kira-kira tengah malam waktu Malaysia malam kelmarin.


Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, kerajaan akan memberi kebenaran kepada semua pelajar yang telah selamat pulang ke tanah air untuk kembali ke Mesir setelah mendapat 'lampu hijau' daripada Kedutaan Malaysia di sana.


Katanya, biarpun keadaan di Mesir kembali tenang, ia bukan jaminan keselamatan.





Rakyat Malaysia di Mesir Lega

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir kini lega kerana peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak kelmarin menamatkan siri demonstrasi penduduk dan keadaan kembali tenang seperti sediakala.




Pelajar tahun lima kursus perubatan Universiti Mansurah, Muhammar Amin Abd. Yasin yang berada di bandar Mansurah berkata, keadaan itu sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas 18 hari jalan-jalan raya di bandar utama negara itu sesak dengan demonstrasi.




"Kedai-kedai di sini juga sudah mula membuka perniagaan mereka hari ini (semalam), cuma aspek keselamatan masih menjadi isu selagi pengganti Mubarak tidak dilantik," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di Mansurah semalam.


Sumber: Kosmo Online!


Semoga mereka yang berada di sana selamat.


Semoga sinar mentari memancar ceria di sana.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)