Langkau ke kandungan utama

Sengal Zone : Saya Blogger Baru !

Assalamualaikum...



                                          http://sengalman.blogspot.com/


Sha my heart nak masuk contest? Biar betul. Selama ini tak pernah pun nak masuk apa-apa contest.

Pernah jugak masuk tapi tak menang pun. Cuma menang perhatian jer. Hehe~ Itu pun tak letak link blog sebab banyak lagi kena belajar waktu tu. Cek kan pemalu orangnya.. Hikhik.


Ok, aku story sikit..




Tadi jalan-jalan lawat blog orang lain, jumpa banyak sangat contest. Tapi rasa macam tak layak jer. So, malas la.


So, kali ini?


Saja-saja nak join contest kali ni. Eh, contest ke tapi tak de pun hadiah? Hadiahnya adalah meningkatkan kepopularitian blog aku di masa akan datang. Macam pesan Abang Ben tadi, kena banyak bersabar untuk dapat trafik. Itu lebih baik, kan?


Jom semak syarat dia:


Jadi untuk join , korang kena patuhi syarat syarat dibawah. Syarat dia simple je tau. Jangan takut okeh ! Hehe..




1.* Buat satu entri bertajuk Sengal Zone : Saya Blogger Baru !

Dah buat ni ha..


2. * Letak header blog Sengal Zone beserta link.

Sudah, bro. Kat atas nun..


3. * Nak follow blog aku ni pun takpe, taknak follow pun takpe.
Memilih untuk memfollow blogger otai macam kamu, Deeyaudeen! :-)



4. * Korang mesti mempunyai follower bawah 200 orang, kalau lebih aku bangkang ! Haha
Follower belum cecah 200. Seratus pun belum.


* Jawab soalan ni :


1.  Apa yang buatkan korang terbuka hati untuk buat blog?


Memang teringin nak buat blog sebab dari dulu-dulu masa belajar, masa tu blog tengah famous. Ramai budak cina ada blog sendiri. Bila diorang cakap pasal blog, aku diam jer la sebab tak tau habuk pun. Hehe~ Terdetik dalam hati yang aku pun nak jugak memiliki blog sendiri. See, sekarang dah termakbul, alhamdu lillah :-)


Kemudian, bila nak daftar satu subjek ni, pensyarahku, Dr. Adrian galakkan buat blog. Dah daftar dan buat blog pada masa itu jugak. Memang girang bukan kepalang sebab dah berjaya buat blog.

Aku pun terdetik: "Heh, (pada masa budak cina tu belagak ada blog), aku memang nak buat blog tapi tak tau nak buat macam mana. :-P


Pada masa ini pun (bila dah berjaya daftarkan blog), aku masih tak tau sangat nak buat apa dengan blog ni. Ku biarkan terabai dan bersawang.


Mujur, tak lama kemudian, aku buat blog baru (yang korang hadap ni). Semuanya kerana kawan-kawanku pun ada blog.


Kemudian, aku pengaruhi kawan-kawan serumah aku supaya membuat blog jugak. Ya, diaorang pun ada blog. Tapi blog diorang cuma untuk bacaan peribadi sahaja. Sekian, jangan korang nak minta address blog diorang.


Kawan aku yang mana aku dapat motivasi untuk buat blog pun, menjadikan blognya sebagai tatapan peribadi sahaja. Nampaknya aku sahaja yang masih aktif dan bergerak maju. Perasan betul la minah ni. Hihi~


Bila dah lama-lama ni, rasa best pula bila berblog ni. Aku jugak mempengaruhi adik juniorku aka rumetku untuk membuat blog. Bila dia dah ada blog, kami banyak berkongsi cara-cara membuat sesuatu kat blog. Kini, nampaknya dia lebih laju dari aku. Tak pe, kita ada cara kita sendiri.


2.  Blog kegemaran korang?

Blog yang boleh membuatkan aku berfikir dari luar tempurung atau dari sudut yang lain.


Mula-mula kenal dunia blog, aku suka Justkhai. Kadang-kadang, aku lepak depan laptop, baca blog dia dari malam sampai ke pagi pun tak pe, aku rela. Korang jangan tiru plak.


Kemudian, beralih pulak blog kegemaran ke blog ariffshah.com sebab pandangan dia luas. Ye la belajar kat Russia. Jauh perjalanan luas pemandangan. Blog ni pun, aku pernah mengekang mata sampai ke pagi semata-mata nak baca tulisan dia. Hehe~


Blog Melromeo sebab banyak info pasal widget, software, edit photoshop dan lain-lain. Ayat dia sedap jugak untuk telinga menahan la. Hihi~ Tapi sempoi.


Blog Hanis Zulaikha sebab dia seorang yang periang dan kadang-kala lawak. Suka dengan petua dia.
Pernah cuba, memang berkesan.

Sebenarnya, malas nak masuk blog dia pada mulanya (walaupun ramai jer sebut nama dia) sebab aku fikir dia seorang yang sombong seperti blogger otai yang lain. Tapi bila dah sekali masuk, terus suka dengan blog dia.


Diorang ni semua lebih muda dari aku tapi pemikiran diorang semua lebih matang dari usia. Itu yang aku suka.


Blog Abang Ben Ashaari, baru saja aku suka. Dah lama dengar nama dia tapi malas la nak masuk. Sebab ye la dia kan blogger terkenal Semalaya, jadi mana la nak layan aku ni kan? Tapi dia ok jer.


Suka blog dia sebab ada mesej keagamaan di situ. Erm, ini menyangkal persepsi aku yang budak laki gym ni seorang yang sosial. Hehe~, i am sorry Abang Ben.


Setakat ini, itu la blog yang aku suka. Blog yang lain? Erm, belum suka.. Aku ni jenis suka betul-betul tau, sampai sanggup tak tidur semata-mata nak baca tulisan diorang. Korang jangan tiru pulak.




Kalau korang pun nak join contest ini  jugak, cepat sebelum tengahari ni.. Klik link ni blogger baru.



Itu saja la untuk kali ini. Mata dah kantuk.. Tapi kalau ada idea, aku buat entri lagi. Biar tak tidur. Haha~



K, jaga diri.




Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker