Perpindahan, Makna di Sebaliknya.. | ! sha my heart

.

Rabu, 26 Januari 2011

Perpindahan, Makna di Sebaliknya..

Salam.


Alhamdu lillah, akhirnya bertemu juga kita kat sini. Sebenarnya dah lama tak dapat nak login blogger waima gmail pun.


Apa dah jadi pun tak tau, line rasanya yang dah disekat, dengar khabar berita dari kawan-kawanku. Nak buang blok tu tak pula aku ketahui caranya... Kena belajar dari mereka yang arif ni.


Apa apa pun, bersyukur lah kerana kita dapat bersua kembali.



Kata tak dapat login...

Aku guna broadband kesayanganku yang dah berbayar sejak hari kedua menjejakkan kaki di bumi Sintok ni. Bayar untuk bulan depan sekali. Advance. Orang tengah kaya la katakan. Hihi~


Mana ada kaya, kayak ada la.Hihi.



Bukan apa, nak senang, tak payah nak fikir lagi pasal bayaran ke, kena blok dari dapat guna internet ke..



Korang sihat tak? Eh, kat tengah-tengah baru nak tanya khabar? Nak buat macam mana, tuan rumah sibuk nak jelaskan hal yang sebenar. Hehe, excited dapat login blogger la kata kan.. :-)


Harap korang sihat la k. Kalau tak sihat, cepat-cepat la berubat. Kalau tak kang berjangkit dan merebak, sapa yang susah? Aku jugak.. Eh, aku dah mula nak merapu ni. (Nampak childish jer).



Ok la, berbalik kepada topik kita pada kali ini, sesungguhnya perpindahan itu membawa erti yang sangat besar. Sebab tu la Nabi s.a.w pun dulu diarahkan berhijrah. Besar hikmah di sebalik perpindahan mahupun penghijrahan ini, tau.


Apa beza perpindahan dan penghijrahan?

Perpindahan itu adalah kita bertukar tempat yang belum pasti akan ada kebaikan di sana manakala penghijrahan sudah pasti dijanjikan dengan kebaikan.



Jadi, apa kena-mengena dengan topik kali ini?


Ada kenanya.. Topik kali ni aku nak tegaskan setiap kesusahan itu tidak sia-sia, pasti hadir bersama kesenangan. Bak kata Orang dulu-dulu:

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..



Apabila kita berpindah, kita akan membandingkan tempat mana yanglebih bagus dan best. Tetapi, sila ajar hati anda untuk menerima seadanya dan bersyukur dengan apa yang ada.


Itu lah rasa kehambaan dan bersyukur.


Ewah, jadi ustazah plak aku pada kali ini. Haha~



Ok, la tak salah kan kalau kita nak tegur menegur dan ingat-mengingati..



So, check diri anda. Bersyukur lah selalu. Ucapkan "alhamdu lillah" dan beristighfarlah..
Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang direhdai ALLAH. Amin :-)



p/s: Kisah di atas ini adalah situasi yang terpaksa aku terima. Mula-mula marah jugak tetapi aku berfikir, sampai bila aku nak macam tu?


Kalau mak tahu, mesti dia marah. Ye la, awak tu dah tua, sedar-sedarlah diri sikit. Jangan nak jadi manja sangat. Jadi matang dan rasional, beb.



Sekarang ni, aku dah ok. Dah dapat terima kenyataan. Mujur semangat yang lalu masih bersisa dan dituipkan semula. Syukur ya ALLAH.


Ok la, setakat ini dulu, aku membebel.


Jaga diri korang baik-baik tau. "Kerana dirimu begitu berharga" Hehe~


Wassalam.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...