Langkau ke kandungan utama

Ditawarkan Menjadi Penyanyi? Sedapkah Suaraku?

Salam.


Ini memang perkara yang tak boleh blah. Aduh, sapa la yang sengal sangat nak tawarkan aku menyanyi? Aku lagu pun tak tau tajuk dan lirik. Adoi, salah orang ni.



Sebenarnya, aku je yang perasan. Ini adalah task (tugas) kumpulan la. Setiap kumpulan kena sediakan persembahan melalui task masing-masing. Kumpulan aku kena buat nyanyian.



Kira ok la tu, tak la susah sangat daripada kumpulan yang kena buat dikir barat, sketsa lawak, menari, dan sebagainya. Ada 6 buah kumpulan. Masing-masing dengan tugas masing-masing.


Bab ahli kumpulan. Ok jer budak-budak ni. Happy go lucky pun ada. Aku pun macam biasa la, dah banyak pengalaman bergaul dengan orang. Jadi, tak rasa banyak sangat masalahnya. Cuma 4 orang lagi aku tak kenal sebab diorang pun tak datang. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Entah lah diorang macam mana.


Awal-awal dah siap suruh aku jadi ketua. Alah, aku tak suka jadi leader ni, aku lebih suka jadi follower. Eh, termasuk macam topik Dr. Syd Abd Rahman Syd Zin ajar plak, Managerial Communication.


Harap-harap dengan datangnya lagi empat orang ahli kumpulan aku, maka akan lebih banyak idea dan lebih mantap. Tapi, kalau tak mantap, aku kena psiko dan provoke diorang jugak la.



Sekarang ni, kena cari lagu yang catchy dan semua orang tahu dan bahasa Melayu. Kalau lagu bahasa Inggeris, ok la, aku tahu. Dah lama jugak tak layan lagu Melayu ni. Mana la tau dan nak ingat lagu Melayu terbaru dan hit.


Esok, pagi-pagi lagi kena turun, berkumpul. 6.45 pagi kot. Giler awal. Aku dah la lama tidur lewat dan bangun pun sama jugak.


Aku tak de idea nak ambik lagu apa. Harap ahli kumpulan aku ada idea la.


Ok, nak kena tido. Esok, kena bangun awal dan menyelinap ke FKBM jap (masa ada rehat). Nak isi borang kat sana.


Ok la, selamat tidur. (Aha, lagu selamat tidur dari Faizal Tahir ke. Huhu~ adakah anda rasa sesuai? Tidak kot.)



Semoga berjumpa lagi. Kepada adik-adikku, semoga sem depan kita jumpa lagi. Jaga diri elok-elok tau. Kalau nak tau up date pasal Kak Sha datang la melawat blog akak ni. Kalau kat facebook tu cuma kulit jer la. Kat sini, isi.


Dah-dah, panjang dah berleter ni. Hihi~


Jaga diri!
Makan banyak sayur dan air.


Semoga kesihatan tu milik kita. =)






Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…