Langkau ke kandungan utama

Bila Sakit Menyerang, Aku Terbongkang..

Salam.


Hi semua. (Wah, happy macam tak sakit pun! Sakit tapi mood happy. Hehe).



Aku dah dua hari, tak termasuk malam tadi, hari ke tiga demam malam. Malam-malam sejuk gila. Gila-gila punya sejuk. Tak tahan dengan angin kipas pun, rasa sejuk menyucuk ke tulang! Jadi, aku tutup kipas. Nasib baik la aku duk sorang, senang nak buat apa pun, tak de sapa nak marah. Ada aku kisah? Huhu~


Jaga pada pagi tadi, aku rasa pening. Pening memusing. Wah, aku dah demam! Akhirnya, aku demam..


Pada mulanya aku risau demam malam sebab sangat berbahaya kepada organ dalaman. Organ dalaman panas. Kena banyak minum air.


Tapi bila dah demam siang ni ok sikit la. (Eh, ok sikit demam siang? Oh, no! Sebab demam siang ni la aku tak jadi jumpa Dr Fezah aka penyeliaku aka kakakku. Aku tak larat. Kepala pening. Kesian dia tertunggu-tunggu aku).



Ingat nak pergi lewat tapi dengan pening macam ni aku tak berani jamin aku akan ok. Walaupun aku rasa akan ok kalau ada orang yang temani aku. Aku takut tak de tenaga masa dalam perjalanan. Dah la tak de peneman ni. Collapse kang. Dah la jauh. Kalau dekat-dekat tu aku tak kisah la, aku kuat apa.. Haha, berlagak. Pengsan kang tak de sapa nak angkat sebab pergi sorang-sorang.



Dr Fezah suruh aku isi borang apa ntah. Kena ambik kat pejabat FKBM dan bagi dia tanda tangan. Uii, mahal kan tanda tangan orang penting ni, ye. Nampak gayanya aku kena la menyelinap dari induksi jap. Itu aku tak kisah sangat tapi bila dah kesihatan tak mengizinkan, ni yang buat aku cuak.



Aduh, aku dah risau. Esok bermula lah induksi aku untuk Program Baksis Perdana. Sebab 'perdana' la yang kena buat induksi segala. Aku pi baksis dulu tak payah nak induksi. Terjah je. Cuma ada briefing yang mantap la. What's do and dont masa baksis. Itu jer. Tak kecoh-kecoh pun nak induksi segala.



Kenapa aku jatuh sakit ek?

Kurang minum air kot.


Ok la, aku tak boleh membebel panjang-panjang macam biasa. Sebab kepala ni masih pening-pening.


Harap-harap cepat sembuh. Cepat sembuh, cepat siapkan mini tesis dan selamat berkelana di bumi Lenggong, Perak.


Lot of luv,
Sha My Heart



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



2 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)