Langkau ke kandungan utama

Resipi Rempah untuk Goreng Ayam

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Salam.


Kali ni, aku nak perturunkan masakan yang aku pernah cuba sendiri buat. Kira kalau sendiri pernah cuba, ni testimonial la. Testimonial dari aku, yang tak terrer masak tapi aku confirm yang resipi ni sangat sedap.


Tapi untuk mereka yang sukakan makanan yang berempah la. Kalau yang jenis kurang sikit tu, mungkin korang akan cakap resipi ni agak pedas. Pada aku yang penggemar rempah ni, resipi ni sangat sedap, okay.


Sebenarnya. aku dapat pun dari internet macam korang buat jugak. Wakaka, serkap jarang..


Tak de la, korang kan pandai masak. Korang surf internet hanyalah untuk mencari idea baru untuk dimasak, kan? senyum la sikit =) .


Oklah, rempah yang aku maksudkan kat sini bukan untuk dibuat kari ke gulai ke.. Resipi ni adalah untuk goreng-goreng. Boleh guna untuk ikan, udang, ketam, ayam, kancil, pelanduk, rusa, dan sebagainya yang daging jenis daging ayam.


Manakala daging,sotong,siput, kerang, lala, kupang dan adik-beradiknya, kurang sesuai sebab akan ada air keluar dari jenis lauk ini bila diperap dan digoreng. Nanti tak jadi la resipi ni. Kang, korang jangan nak salahkan blog Sha My Heart plak,k.


Jom kita tengok apa yang perlu ada dan cara masak. Kita anggap guna ayam jer la, k.
Ayam tak kira la isi ke tulang ke.. Sebab ni adalah perap, so tak kisah la. Janji boleh perap.


200 gram ayam (kalau tak tau berat mana, main agak-agak la. Itu baru la chef yang sebenar yang boleh mengagak. Huhu~)


Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar jintan putih
3 ulas bunga lawang
3 ulas buah pelaga
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah



Bahan-bahan yang telah dikisar, diperap pada ayam. Perap tu kira sapu dan lumur la kat ayam tu. Perap sekurang-kurangnya setengah jam (30 minit). Kemudian, goreng dengan minyak yang banyak.


Perhatian: Minyak akan 'tercemar' dek bahan-bahan perap ni yang akan relai sedikit. Harap maklum. Kaedah nak elak cemar, kaut bagi habis bahan-bahan yang tertinggal dalam minyak. =)


Lepas dah garing, boleh angkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Sajian ni best jugak dibuat untuk barbeku. Pergh, sedapnya... Duk tengah menulis ni pun dah kecur air liur. Huhu~.




Ok, selamat mencuba ya puan-puan resipi yang sedap ni. Kalau tak cuba, tak tau.. Penat jer Sha perturunkan ilmu. Hihi~



Best regard,
Sha




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker