Langkau ke kandungan utama

Duduk Renggang-renggang, Bertambah Sayang!

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



 Salam.



Korang tahu kan yang aku organise satu reunion. Reunion ni nak dibuat di Kuala Lumpur (KL). Sekarang ni aku duk Kedah. Sebab apa aku pilih KL sebagai tempat pertemuan? Sebabnya ramai kawan-kawan aka peserta bekerja di KL walaupun rumah diorang di negeri lain. Itu la alasannya.


Lagipun, kat KL ramai dari kita yang ada saudara mara mahupun kawan yang boleh kita tumpang sehari dua. Kan?


So, nak cakap kat sini tempatnya strategik la. Senang akses dengan hubungan jalanraya yang moden dan lancar. Lebuh raya kat Malaysia ni terutamanya di kawasan Lembah Klang kan antara terbaik di dunia.


So, guna je la kemudahan yang kerajaan sediakan. (Eh, aku dah terikut mamat tu plak yang proud dengan pe je kerajaan buat? Oh, tidak!)


Ok, kira bab penginapan dan pengangkutan mahupun perhubungan jalan raya hatta tren, dah tak jadi masalah. Thumb up for u, Sha. Haha~ Eh, thumb up for government la..


Semua dah tak de masalahnya.. Apa masalahnya, Sha?


Masalahnya, komitment. Eh, bukan komitment aku tau. Komitment ahli kumpulan yang dijemput untuk menghadiri reunion ni.


Macam ni, kami adalah satu kumpulan seramai 23 orang dari persatuan PSSCM UUM (maaf, akronim ni tak boleh nak terangkan apa, sape yang faham tu, faham la) mengambil ujian yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada bulan Mac 2008.


Sekembalinya kami dari USM, kami menjadi sangat rapat. Sebelum tu, jumpa kat kafe pun tak tegur. Diorang la. Aku memang peramah pun. Haha~. Kami sangat rapat sampaikan ketua dah lepaskan kami pulang, tapi masing-masing berat hati nak pulang dan tak berganjak pun dari tempat tu sedangkan dah lewat malam. Sweet moment!



Ni semua bukan sebab kami ni mula jatuh cinta ke apa. Ni perkara lain. macam mana nak cakap, semua ni mungkin sebab... er sebab apa ek? Tak tau nak cakap macam mana, mungkin sebab dah kena marah, polish, susah senang bersama dan sebagainya, kami jadi bersatu.


Kena marah

Aku la yang teruk kena marah. Sebabnya aku ni setiausaha. Siap kena perli dengan Yang Di- Pertua Persatuan (YDP), Heidir. Malu giler aku pada malam tu.


Nasib baik la ada Sofi jugak masa tu. Dia yang cakap elok-elok kat aku, terangkan segalanya. Dia faham yang aku masih baru pada masa tu, aku tak tau pape. Dia tak salahkan aku. Lega sikit hatiku.


Sumpah, aku malu! Ikut hati, memang aku nak nangis dah. Nasib baik la air mata aku pada masa tu masih degil nak kuar. Kalau tak, lagi malu la aku. Lagipun, Sofi ada menenangkan aku. Terima kasih, teman. =)


Ikut hati jugak, aku dah tak nak jumpa dengan Heidir lagi. Aku tak nak pergi kelas lagi. Ema la yang menjadi perangsang untuk aku. Razi dan Fizah jugak membantu. Aku pun teringat kepada guruku juga dan rakan-rakan yang memberi kepercayaan kepadaku. Aku kuatkan semangat dan buat jugak.


Kemudian, sehari sebelum kami berangkat, ada satu perjumpaan yang dilakukan oleh Mamu dan Shahir kat pondok di tangga masjid. Masa ni kami diberi kata-kata semangat. Jugak, aku kena basuh sekali lagi. Malu tu Tuhan saja yang tahu, tapi tak de la nak nangis lagi. Aku sekadar tunduk dan akui salah aku.



Antara pengisian perjumpaan kali tu adalah bersatu hati dan buat kerja sama-sama (tolong-menolong dan ambik tau pe yang boleh ditolong).


Kat sini aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan-kawanku:

1. Wan Petro sebab sudi jadi Pengarah walaupun tak de tolong aku pun. Hua hua. At least rasa ringan la sikit kepaal aku ni. Pape hal, aku boleh rujuk walaupun ko tak bagi banyak pendapat tapi pendapat yang pertama tu aku sangat hargai.


2. Fizah sebab nak belanja aku makan dan fikirkan tempat tinggal untuk aku. Terharu beb!


3. Aju sebab nak bagi aku tumpang rumah sewa dan nak bagitau AJK Persatuan pasal hal ini.  Lagi satu, nak tolong setkan tempat makan.


4. Miza sebab tolong survey tempat makan dan bagi pendapat.


5. Elis sebab terima jawatan AJK cenderahati.


6. Sofi yang dari Penang nak turun.  Shikin dan Iza turun dari Johor. Yus pun nak join walaupun baru tahu. Razi yang ada masalah internet pun akan turun. Azim awal-awal lagi nak turun.


7. Ema dan Shah yang nak hadir tapi ada komitmen lain,tak dapat hadir. Lain kali kita jumpa lagi k.


Kerana korang semua la aku bersemagat. Terima kasih kawan-kawanku.. :-)


Motif yang aku dapat: Kalau dari zaman belajar pun dah baik dengan kita, sampai bila-bila akan baik dengan kita. Tapi kalau baru sekarang nak mengharapkan diorang baik dengan kita, bermimpilah Sha..Sebab bila dah kerja, itulah diri kita yang sebenar.



Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker