Langkau ke kandungan utama

Awak... (part 2)

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Disclaimer: Kena baca dengan nada sedih. Err, anggap je ni adalah fantasi,k.
Adalah sambungan dari Awak.. (Part 1)


Salam.


Hai awak. Apa khabar, awak?


Saya baru sudah membaca  Awak... (part 1). Saya sedih. Saya nangis.


Awak, awak tau tak, kawan serumah saya pun mengalami perkara yang seakan dengan saya. Saya sangat kasihan kat dia sebab dia sangat terganggu dan sedih. Mesti awak bangga sebab saya tak sedih teruk-teruk pun, kan?


Saya bukan tak sedih. Saya sedih, awak. Sangat sedih. Tapi, saya kuatkan hati. Saya tak nangis depan diorang dan saya tak ceritakan apa-apa pun.


Tak de siapa yang akan dapat menghidu saya ada masalah kerana saya tersangat ceria kebelangan ini. Bukan ceria kerana awak tak de, tapi untuk mengubat hati yang lara ini. Awak kan?


Lagipun, kat sini, kat kolej MISC paras tiga ni, saya la harus jadi 'ketua' dan pemberi semangat kepada adik-adik saya. Kalau saya pun lemah, bagaimana mungkin diorang akan hormati saya?


Saya bukan nak berlagak, awak. Saya cuma mahu diorang ada tempat untuk meluahkan masalah tanpa ada saya pulak yang bermasalah. Syukur juga dengan kekuatan saya ini. Mesti awak bangga kan, saya kuat macam ni?


Awak nak tahu, setiap hari akan ada adik-adik saya datang dan berjumpa dengan saya. Ada juga yang datang menceritakan masalah dan melepaskan keluhan. Bilik saya dah jadi port untuk kami meluahkan perasaan.


Tapi perasaan saya yang tertekan ini biarlah tiada siapa pun tahu. Biarlah ia terpendam di ruang yang paling dalam. Biarkan ia berlalu, kan awak?




Berbalik kepada kawan serumah saya itu, dia sangat sedih walaupun ada kawan-kawan terbaik saya dan dia kat sana. Kalau la dia di tempat saya, macam mana la dia? Saya bukan nak bangga diri, cuma terfikirkan dia sahaja. Dia kawan saya. Saya tak suka kawan saya sedih.


Dia tulis macam-macam kat facebook (fb) dia. Saya sangat bersimpati dengan dia. Dia tak sekuat saya. Saya dah mesej kat fb secara  private dan nasihatkan dia.


Mujur saya kuat. Sebab saya duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Saya tak de rumet. Tapi kan awak, ada adik-adik yang kadang-kadang tidur kat bilik saya ni.  Kadang-kadang, bila masuk bilik saya, terus landing atas katil. Saya tak kisah. Diorang suka, lagi la saya suka.



Awak, setakat ini dahulu.


Awak, saya rindu awak. Saya tahu awak nampak apa yang buat.


Bersemadilah dengan tenang, ya awak.


Saya doakan awak...



Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker