! sha my heart

.

Selasa, 21 Februari 2017

Kain Pasang Heavy/Japan Dull Satin Silk

Kain Pasang Heavy/Japan Dull Satin Silk ini memang trend atau in dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kainnya lembut, tidak panas yang menjadi pilihan ramai. Artis pun ramai juga yang mengenakan busana ini, tau. Siapa yang tidak suka kalau tampil cantik, menarik dan kemas?


Sesuai untuk dibuat baju kurung, baju melayu, dress, skirt, dan lain-lain. Memang cantik sangat. Warnanya pun lembut. Memang memikat hati.

Contoh artis yang pakai dull satin ini ramai..Dato' Siti Nurhaliza, Schawal, Shah Jasze, Lisa Surihani dan Yusri, Shahizi Sam dan isteri, Zizie Ezzaty dan suami, dan ramai lagi laj










































































Dulu harganya mahal. Sekarang ini, harganya mampu milik tau.

Harga biasa RM 15/meter.

Harga promosi:

RM10/meter
RM10/meter
RM10/meter

Berminat?

Boleh email atau Whatsapp

Email: shamyheart@gmail.com
Whatsapp: 019-4625310 (Sha)
Whatsapp: 019-4625310 (Sha)
Whatsapp: 019-4625310 (Sha)




Segera dapatkan sebelum kehabisan.

Jumaat, 13 Januari 2017

Ibu Mengandung Boleh Makan Innershine Tak

Innershine ibu mengandung boleh makan
Ibu mengandung boleh makan innershine tak. Banyak dan kerap kali Sha terima soalan ini dicari dalam enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing, Yahoo Answer dan sebagainya masuk ke dalam blog Sha kerana entri Innershine.

Jawapannya, boleh makan sebab innershine tak ada sebarang bahan kimia. Ia adalah 100 peratus pati buah. Tapi, semasa mengandungkan si Harraz, Sha tak minum Innershine. Sebab Sha sangat menjaga kandungan. Apa-apa yang ada risiko, Sha akan tolak jauh-jauh.

Kandungan innershine macam buah kurma. Orang kata kurma itu panas, terutamanya untuk kandungan trimester pertama (bawah tiga bulan). Jadi, Sha memang ada beli. Tapi dah terbaca macam tu, tak berani lah. Suami yang habiskan..

Tapi sebenarnya, kalau korang tak kisah dan tak ada masalah apa, boleh sahaja minum innershine. Sha saja yang tak berani kerana mengandung buat kali pertama dengan umur yang agak banyak. Risiko tu tetap ada.

Ok, faham tak? Hihi.

Kalau ada lagi pertanyaan, silalah utarakan.

Selasa, 27 Disember 2016

Tutorial Bayar PTPTN Guna KWSP / EPF



Tutorial bayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) guna Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau lebih mudah disebut EPF (Employees Provident Fund) ini ditaip untuk anda yang mahu tahu bagaimanakah caranya nak bayar balik pinjaman pendidikan kita tu. Sha kongsikan supaya bermanfaat untuk semua, terutamanya yang kali pertama menggunakan laman web KWSP untuk bayar PTPTN.

Cara pertama ialah anda mestilah MEMPUNYAI I-AKAUN KWSP. Kalau masih belum ada, pergi ke pejabat KWSP dan buka. Bagitau kaunter nak buat i-akaun ataupun kalau tak ingat nak sebut, cakap nak periksa baki akaun anda sendiri guna internet.

Selepas itu, PERGI KE KIOKS/PEJABAT PTPTN ATAU CONTACT PEGAWAI PTPTN. Kawan Sha yang juga pegawai penerangan PTPTN yang masuk TV, berpesan. Berurusan dengan seorang pegawai sahaja. Ia memudahkan anda. Kalau pass-pass, nanti kalau jadi apa-apa, tak ada siapa nak bertanggung jawab. Sha tambah ayat belakang tu.

Bila dah dapatkan pegawai PTPTN, diorang akan tanya no kad pengenalan. Diorang akan bagitau baki hutang dan tunggakan. Berapa kena bayar ikut jadual (yang dah ditetapkan awal-awal oleh pihak PTPTN. Kan kita kena bayar selepas 6 bulan tamat belajar. Tak ingat? Chek balik surat tawaran. Itu pun kalau masih ada). Kalau dulu, kena bayar RM90 kalau tak ada dokumen kontrak surat tawaran pinjaman tu, untuk diorang print semula. Tapi sekarang ni, dah tak perlu. Paperless. Semua guna sistem no kad pengenalan kita je.

Pegawai PTPTN akan BUKA PERMOHONAN PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP DAN AKAN HANTAR NO TAC KE NO TELEFON BIMBIT KITA. Lepas tu, kita masuk ke i-akaun KWSP dan masukkan no tac tersebut. Lepas tu, TUNGGU SMS DARI KWSP. SMS dari KWSP ini akan ambil masa beberapa hari bekerja ya.

SMS dari KWSP suruh kita ke pejabat KWSP untuk COP JARI DAN BAWA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN. Ada masa beberapa hari diberikan kepada kita. Dokumen yang diperlukan ialah KAD PENGENALAN KITA, JARI KITA DAN SKROL TERIMA SIJIL tu, yang tulis 'ijazah ini dianugerahkan kepada bla bla bla.. ' Jangan lupa BAWA YANG ASLI (ORI) DAN SALINAN FOTOSTAT.

Ok, jom kita tengok tutorial yang Sha sediakan. Kalau tak berapa jelas, klik di gambar ya. Ia akan buka bagi besar dan jelas.

 1. Daftar masuk i-akaun
daftar masuk macam biasa

2.   Klik pengeluaran > permohonan baru
Inbox pengeluaran



 3. Pengeluaran > Pendidikan
pengeluaran pendidikan

4. Pendidikan > Berdaftar. Yay, dah berjaya daftar.


 5. Inbox terbaru status pengeluaran KWSP
inbox terbaru status pengeluaran KWSP
6. Pengesahan institusi
pengesahan institusi

7. Permohonan pengeluaran
permohonan pengeluaran dan apa yang  perlu dibawa


8. Status pengeluaran - sudah diluluskan
Status pengeluaran




9. Sejarah pengeluaran
Sejarah pengeluaran















10. Kelayakan pengeluaran - berapa duit yang masih berbaki. Huhu, sedih tengok akaun kedua tu.
Kelayakan pengeluaran



Selamat membayar hutang. Hutang ni kadang sikit je, tapi bila kita tak cepat bayar, bila sekali periksa baki hutang, boleh pengsan. Hihi. Hutang memang wajib dibayar. Sha rasa lega sikit bila dah bayar hutang ni, walaupun banyak lagi belum langsai. Sekurang-kurangnya, ada juga la jalan nak membayar hutang tu. Tak nak beranak pinak. Pening nanti.

Semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...