Salah satu perkara untuk melangsungkan perkahwinan dalam Malaysia ialah mendapatkan kelulusan membuat saringan HIV untuk perkahwinan Islam. Cara buat saringan HIV untuk perkahwinan adalah terlalu mudah. Pertama, p ergi ke mana-mana Klinik Kesihatan Malaysia atau Hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Dahulu, buat di klinik dan hospital swasta pun boleh. Tetapi sekarang, sudah tidak boleh kerana ada kes penipuan. Jadi, ingat ye, hanya boleh dibuat di klinik atau hospital kerajaan sahaja. Masa urusan pula ialah 2.00 atau 2.30 petang hingga 4.30 petang hari bekerja sahaja. Maka, pastikan anda ambil separuh hari bekerja dan tepat pada masanya. Jika ramai orang, akan akan kelewatan. Kedua, pergi untuk membuat pemeriksaan darah . Jangan lupa untuk membawa bersama kad pengenalan dan pen. Minta untuk membuat ujian saringan HIV untuk perkahwinan. Isi borang sampai habis. Kalau tak lengkap, akan kena isi semula. Oh ya, letak alamat tempat untuk menika