Langkau ke kandungan utama

Catatan

Muka Berseri-Seri, Pakai Apa

Assalamualaikum. Aku teruja nak kongsi dengan korang review tentang produk yang aku pakai sekarang ni. Masa bulan Puasa bebaru ni, muka aku burn (sun burn ). Gila r, dah la boyfriend nak datang rumah tapi muka aku hitam legam, dengan jerawat lagi penuh muka. Ahaks, gediks je cakap Bf padahal sepupu jer pun! Hahaha~ Aku tak perasan yang kulit aku dah terbakar dek matahari sehinggalah seorang teman serumahku menegurku. Aku tanya dia, apa yang harus aku buat. Dia jawab, beli la sun block atau BB cream. BB cream Tak lama lepas tu, memang aku pergi kedai dan grab sun block dan BB cream. Sun block tu aku tak nak cerita sebab aku tak berapa suka, berminyak. Tapi aku suka dengan BB Cream. Aku beli BB Cream Safi. Best. Bau pun wangi. Tak melekit mahupun berminyak.Tapi harga mahal sikit la. RM23 kalau tak silap aku. Kecil saja, 20 gram dengan SPF30. soy collagen Nurbeutyline Ops, oleh sebab aku tak de mood nak menulis, aku copy paste saja twit aku kat sini. Korang bacalah

Langkawi, Kedah: Cantik Sangat dan Pengangkutan Awam

Sunset Pantai Chenang, Langkawi yang indah. Capture dari hp ku. Assalamualaikum. Aku berkesempatan melawat (atau melancong mahupun melencong) ke Pulau Langkawi sebanyak dua kali. Kali pertama semasa majlis kahwin adikku, raya cina 2013 dan kali kedua pada 20 Ogos 2013. Ya, baru lagi. Pergi Korang pergi dengan apa? Naik bas? Boleh.. Dari KL, ambil bas ke Alor Setar. Boleh tanya bas tu, nak turun Pekan Rabu boleh tak? Balik Bas? Korang tak perlu risau. Di sini terdapat perkhidmatan bas yang boleh kata efeksien. Nak tunggu kat mana? Korang kena keluar dari Kompleks Jeti Kuala Kedah dan berjalan keluar.  Korang ada nampak kedai mamak tak? Restoran Ali Imran kalau tak silap aku. Tulisan warna biru. Aha, korang tunggu dekat-dekat sana. Tapi bukan kat bawah restoran tu. Korang tunggu bas kat tempat duduk yang ala-ala tempat orang tanam pokok. Diorang tak sediakan tempat tunggu bas berbumbung tau. Tunggu jer. Bas tak lama pun, datang la. Tambang bas ke Pekan Rabu (pus

PTPTN dan CRISS: Cerita yang Mudah Difahami

Assalamualaikum. Hari ini aku nak cerita pasal hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang heboh nak dimasukkan ke dalam CCRIS. Aku pun faham dari sini. Okay, korang baca dulu. Ramai yg kurang tahu apa itu CCRIS Dan Kesannya Bila Nama Anda Direkodkan Dlm Sistem Tersebut... Jom layangzz cerita pendek ni bagi memudahkan pemahaman tentang CCRIS... KISAH NAJIB DAN CCRIS Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Najib  juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Lamanya Tak Up date

gambar di Hari Raya yang mulia. Assalamualaikum. Lama tak jumpa di alam maya, kan? Keinginan memang ada nak update blog tapi tapi tapi (sengaja membuat pengulangan di sini) tapi aku ada halangan tersendiri. Tak apa la, bagi kat blogger-blogger lain sajalah yang mengup date story. Hehe~ Oh ya, aku dah dapat cek hasil dari 'penyewaan iklan Nuffnang ' di blog ini. Beratus-ratus ringgitlah juga hasilnya. Alhamdu lillah. Side income. Kehidupan aku masih biasa tapi syukur sebab tetap ceria mendepani hari-hari yang mendatang. Oh ya, terima kasih juga kepada bloggers yang masih ingat kepadaku ini. Puasa dan raya pun masih ingat pada aku. Oh terharu! Sesungguhnya persahabatan ini amat indah. Seindah bunga yang mekar di pagi hari. Cubalah korang bayangkan. Jadi, di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga jumpa lagi, ya.

Marilah Mengundi, Tanggungjawab Kita di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum.. Entri kali ini, aku nak cakap pasal politik sikit. Yeah, memang dah sampai tahap bosan muntah hijau (eh, muntah hijau tak boleh sebab takut bias ), ok guna muntah pelangi dah, kalau sebut bab politik ni. Serius! Aku yang berminat pasal politik ni pun rasa dah bosan tahap gaban, apatah lagi sesiapa yang tak minat tu, mesti dah muntah pelangi, kan? Hahaha~ Tapi (sila baca dengan bunyi dentuman guruh), kalau kita tak mengundi, kita akan ditanya di akhirat kelak, pemimpin mana yang telah kita pilih. Pemimpin yang adil, yang menegakkan hukum Islam atau tak. Ui, kat Padang Mahsyar, tak ada siapa nak tolong kita dah (seram). ----------------------------------------------------------------------- Di sini, aku nak kongsikan dengan pembaca budiman, yang mana aku petik dari twitter Baziran Nasional . Bab judi -Tengok apa jadi pada orang Islam Malaysia. UMNO ajar mereka supaya ragu-ragu akan undang2 Islam yang sebenar dan yakin dengan judi. -Judi ni bawa masalah lebi

Ini Jawapan Kepada Persoalaanmu

Assalamualaikum. Wah, tajuk tak boleh blah sungguh. Nak tarik perhatianlah katakan. Hehe~ Teringinnya nak menulis kembali. Teringin nak menulis novel, paling tidak pun menulis blog. Lama sudah ku tinggalkan semuanya. Hal ini demikian kerana sang lappy yang berpenyakit dan masa yang suntuk. Masa oh masa! Aku kerja. Pergi pagi balik malam. Penat. Kemudian nak tunggu lappy pun lambat nak buka la, apa la, lebih baik aku gunakan masa yang suntuk itu untuk tidur. Itu lebih menuntutku. Bulan ni, aku dah tak kerja. Aku berhenti kerja. Gila aku nak kerja kat tempat tu. Ah, tak suka! Ada gangguan.  Tapi masalah sekarang, puas sudah aku mencari kerja. Namun tetap tidak menampakkan hasilnya. Ya ALLAH, permudahkanlah ujian-Mu ini. Aku tahu mesti KAU ada perancangan yang lebih baik. Jadi aku kena banyak bersabar dan terus berusaha. Mungkin sebab aku berumur, dah 28 tahun yang menyebabkan aku tak layak nak sandang jawatan yang ku pohon. Alahai.. Aku ada mengusahaka

Jangan Tinggalkan Aku Nak Ikut Juga Ke Australia

Assalamualaikum. Aku sebenarnya sangat terkejut dan sedih bila dapat tahu kawan baikku, my bff dah nak pergi ke Australia. Jadi, aku rasa macam kosong jer. Macam tak best jer, dia bakal tak ada di Malaysia. Dia cakap nak pergi Australia. Aku cakap nak ikut. Dia tak kasi. Sebab atas urusan kerja. Lama jugak dia akan berada di sana, setahun. Dia bff aku. Kalau dia tak ada, susah la aku. Bukan terlalu bergantung pada dia. Tapi aku rapat dengan dia. Time aku susah, dia tolong kot. Susah nak cari kawan macam dia. Ok la, aku tengah sedih ni.

Tips Temujanji Pertama Kali Jumpa

Tips for first time blind date atau janjitemu pertama ini dijana oleh kepala yang ingat dari pembacaan dan penonton tv, cd, movie dan sebagainya. Bersedia nak keluar dating? Assalamualaikum. Mari aku kongsikan kepada anda yang berminat dan perlu tahu apa yang perlu korang buat semasa temu janji pertama. 1. Kenal iya la, dah nama blind date, buta. Kena la kenal dulu, paling tidak pun nama, umur, asal mana. Kalau langsung tak kenal, minta saja dia memperkenalkan diri. 2. Tempat jumpa Pilih yang agak selesa untuk berbual. Jangan pilih stadium time perlawanan bola final. Jangan pilih kedai mamak yang bising dan sibuk giler. Tapi jangan pula pilih perpustakaan atau masjid tempat tak boleh berborak seluhur hati. Pilihlah restoran yang ada kelas sikit. Tak ramai orang dan selesa nak berbual. Biar mahal sikit tak apa. Kan nak jadi kenangan terindah juga nanti. 3. Berbual Dah jumpa, apa lagi, sembang la. Nak borak apa? Apa-apa sahaja yang menarik bagi kedua-duanya. Contohnya isu

BFF Kesayanganku Yang Tersayang

Assalamualaikum. Aku mempunyai bffs dan aku sayang mereka. Aku nak cari lagi kawan baik. Bukan tak cukup, bukan tamak. Tapi best bila ada ramai sahabat. Aku bersyukur sangat, semasa aku susah, ramai kawan kawan muncul. Bagi nasihat, bagi sokongan. Itu lah gunanya sahabat. Dan seorang bff aku sentiasa di hati.. *kau lah selalu, selalu di sisiku, menemaniku, pahit manis hidupku* Korang ada bff, sahabat, teman tapi mesra, kawan baik, kawan rapat, best friend, best friend forever bff tak? Maaf, entri pendek. Entri panjang penuh bermakna yang dah siap taip, hilang ditelan macam tu je. Penat tau menaip pakai hp biasa sahaja, bukan qwerty.

Open Tracker