Langkau ke kandungan utama

Catatan

Day 6 : Single and Happy

Single and happy Tugasan hari ke-enam ialah Single and happy. Topik kali ini biasanya dirujuk kepada orang bujang trang tang tang. Namun, Sha nak bawa penceritaan dari sudut yang agak berbeza. Berdasarkan pengalaman diri sendiri, lama juga menyingle, single to mingle kerana berkahwin pada umur 30 tahun. Itu pun rasa, tak puas lagi hidup bujang. Iyalah, kawan-kawan hang out, ladies goes out , kita tak boleh nak ikut sebab banyak komitmen kat rumah. Kawan ajak tengok wayang, kita tak boleh nak join sebab tengah mengandung. Kawan ajak travel pun sama. Terpaksa dilupakan semuanya demi rumahtangga. Gituuu.. Jadi, kepada adik-adik/anak-anak/cucu-cicit, kalau nak kahwin tu, kena pertimbangkan sama ada korang memang betul-betul dah bersedia nak hadap semua ini atau menangis tepi bucu katil? Perkahwinan itu banyak pengorbanan diperlukan. Jangan terkorban diri sudahlah. Sebut pasal terkorban diri ini, ya, ramai wanita mengalami. Kadang-kadang, benda simple je, tapi perempuan kan rumit (comp

Day 5 : Your Parents

Cina - Pakistan Tajuk tugasan hari inilah your parents. Kalau nak tahu, ibubapaku berasal dari kaum yang agak bertentangan. Arwah ayah ada keturunan Cina manakala ibuku pula ada keturunan Pakistan. Arwah ayah memiliki darah Cina dari neneknya yang mualaf Cina. Nama Cinanya Bu. Kami cicitnya panggil Tok Nek Bu.  Ada kisah yang agak dramatik sikit mengenai moyangku. Namun, rasanya adalah molek untukku menyimpan terlebih dahulu kisahnya. Dramatiknya, rasa boleh dibuat filem, pasti laris di pawagam. Hihi. Darah Pakistan pula dari datukku, yakni bapa kepada ibuku. Datuk ialah seorang Pakistan yang berniaga kedai runcit di kampung. Aku pun baru tahu kisah ini apabila ibu saudaraku menceritakan hal itu, beberapa tahun kebelakangan ini.  Dari darah campuran ini adik beradikku ada yang lahir cerah, ada yang lahir agak gelap. Kening kami kebanyakkannya panjang dan halus. Elok terbentuk macam kening orang India.Selalulah kena tuduh cabut atau cukur kening masa zaman sekolah hingga ke universiti d

Day 4: A Places You Want To Visit

Kaabah, Mekah A places you want to visit , tajuk ni easy-peasy ! Sebagai seorang penganut agama Islam, sudah tentulah Sha nak pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji dan umrah.  Untuk makluman, Sha baru sahaja menghantar kakak no 2 ke Mekah. Kami hantar kat Kuala Lumpur International Airport je la.  Untuk yang mengenali mahupun tidak.. Gambar kenangan abang sulung bersama arwah ayah menunaikan umrah pada awal tahun 2014. Tahun 2011 arwah ayah menunaikan haji bersama mak. Tahun 2014 arwah ayah bawa anak buat umrah. Tahun 2017 arwah ayah bawa mak, kakak ipar, adik2nya, kawan2nya buat umrah tapi x balik dah. Meninggal dunia di sana. Masuk tv, masuk paper. Al-Fatihah (Dipetik dari FB Sha bertarikh 25 Disember 2023, setelah abang no 1 share gambar). 18 -30 Disember 2023 kakak Sha no 2 pergi ke sana. 31 Disember dapat berita dari ejen umrah, mak, abang no 1 dan adik no 5 pula akan menunaikan umrah pada 1 Februari 2024. Alhamdulillah, ya ALLAH. Dulu, bila je nampak posting kawan-kawan berada di

Open Tracker