suami dan anak terchenta masa ni kat UTC Kedah Semalam, 20 Disember 2016, aku dapat demam selesema. Mujur lah dapat suami yang sangat memahami dan banyak berkorban. Terima kasih sang suami berkorban untuk isteri dan anaknya. Baby pun duk baik sahaja malam tadi. Kat tempat kerja, teruk dah jadinya. Demam, bersin, sejuk gila kaki dan jari. Macam ais dah. Kepala berat rasa ada virus dan pening. Muntah juga. Petang tu pukul 3.45 petang, sudah tak larat lagi. Suami tanya, mahu balik rumah ke, ambil MC ke. Tapi fikir balik, rugi saja 'hari bekerja' hari ini kalau balik rumah dan ambil MC. Lagipun tunggu lagi dua jam sahaja untuk punch card dan balik! Suami tanya juga kalau-kalau mahu pergi klinik untuk ambil ubat dan MC pada sebelah petangnya. Tapi, aku tak mahu. Tahu-tahu saja lah klinik sebelah KL ni bukannya nak bagi MC untuk esok. Bagi MC untuk hari tersebut sahaja. Baik pergi ke klinik esok pagi sajalah kalau tak larat sangat. Pagi ini, terjaga. Masih berfiki