Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dialah Ubat Saya Sekarang Ni

Dialah ubat saya sekarang ni. He is my medicine. Ewah.. Eh, betullah. Pada mula-mula, aku pun kurang percaya. Pernah dengar orang cakap juga tapi dengar sipi-sipi sahaja. Rasa macam ajaib pula. Macam hubungan mak dengan anak saja, yang mana ibulah yang boleh menyembuhkan sakit anaknya. Amazing! Hebat. Ya, kuasa ALLAH itu sangatlah hebat. Kisahnya bermula apabila aku sakit.   Tetapi aku tidak memberitahunya bahawa aku sakit. Aku pendamkan sahaja. Naluriku memang menyatakan dia boleh menyembuhkan aku. Tapi segan. Ye la, baru kahwin. Nanti dikatakan menggatal pula. Malu doe. Dia pula kuat mengusik. Nanti sampai lembab dia mengusik. Hahaha. Cara nak sembuhkan ialah ambil tangan dia dan letak pada tempat yang aku sakit. Sekejap saja, sudah sembuh. La, kalau tahu awal-awal lagi aku nak minta tolong dia. Sekejap sahaja telah sembuh. Rasa sia-sia saja masa dibuang menderitai sakit padahal ada penyembuhnya. Dua kali juga lah aku berpengalaman sakit begini. Satu lagi, aku se

Beg Tangan Adalah Kawan Baik Wanita Di Pejabat

Wanita dan beg tidak dapat dipisahkan Beg tangan adalah kawan baik wanita di pejabat. Beg tangan? Aku dulu pun malas gile nak bawa beg tangan. Rasa macam mak-mak jer. Tapi bila dah start masuk universiti, gunakan beg tangan untuk letak buku dan alat tulis. Ha, kejam tak beg tangan tu buat letak buku dan kertas-kertas. Seharusnyalah beg tersebut adalah jenis besar sedikit. Itu part masa belajar. Semasa kerja pula, aku guna handbag tapi tetap agak besar.  Sedang-sedang saiznya, tak besar, tak kecil. Tujuan menggunakan beg-beg yang agak besar  ni disebabkan senang nak masukkan barang dalamnya. Pernah juga beli beg tangan yang kecil semasa praktikal. Tapi tak puas hati sebab hanya muat letak telekung sahaja. Kainnya pinjam. Hehe. Tote bag yang sesuai di bawa ke pejabat dan untuk aktiviti kasual Bila sudah kerja di pejabat, bawa beg besar. Tapi puas hati sebab semua benda boleh masuk. Sumbat jer. Nak apa semua ada. Dah macam poket doreamon. Hihi. Encik suami pun kad

Perbezaan Sebelum dan Selepas Kahwin

Perbezaan pasti terasa apabila telah berkahwin. Dahulu, seorang diri, sekarang berdua. Perbezaan sebelum dan selepas kahwin yang Sha lalui. 1. Rasa sayang Kalau sebelum kahwin rasa sayang itu cuma biasa-biasa. Selepas dinikahkan, rasa sayang tu 98 peratus. Tinggi tu. Mungkin ALLAH campakkan rasa sayang pada pasangan. Selalu Sha dengar juga kawan-kawan cakap, lepas kahwin, rasa sayang tu lebih lagi. Tapi Sha fikir, Sha tak akan rasa macam tu. Tapi sebaliknya pula. Sha rasa sayang kepada pasangan. 2. Rasa kilat dah tak ada Sebelum nikah, rasa kilat atau elektrik dan panas semacam sahaja apabila tersentuh. Tapi selepas diijabkabulkan, rasa sejuk sahaja. Rasa macam pegang adik-beradik sahaja. 3. Tidak lagi mimpi buruk Tiga minggu sebelum Sha dinikahkan, setiap kali tidur Sha akan bermimpi buruk. Mimpi hantu bermacam jenis dah jumpa. Dalam mimpi tu, Sha lawan hantu. Bergaduh. Namun, selepas nikah, tiada lagi mimpi buruk mengganggu. 4. Marah sudah hilang Sebelum kahwin, asyi

Open Tracker