Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tips Beli Baju Pengantin

Tips Beli Baju Pengantin anda mestilah mementingkan perkara yang disebutkan di bawah ini: 1.      B ajet 2.        Kos tambahan – kasut, veil, tudung, kerongsang, barang kemas 3.        Bawa seorang untuk memberi pendapat 4.        Pakaian ke butik pengantin –kasual, coli yang sesuai dan tanpa mekap 5.        Beli terlalu awal atau lewat – Awal: ada benda nak ubah lagi Lewat- tak sempat nak beli, dah ada orang lain ambil dulu 6.        Penyelidikan – tempat majlis, tengok gambar, apa yang sesuai untuk anda: suka yang banyak perincian atau senang tanggal dari yang serabut 7.        Cuba banyak pilihan warna 8.        Saiz yang tepat : pilih pakaian yang sesuai sekarang 9.        Cuba pakai, duduk dalam baju –korset yang menyekat, punggung ketat dan tidak selesa 10.    Beli pakaian yang anda suka lebih daripada yang lain – baju impian anda kerana majlis perkahwinan hanyalah sekali sahaja

Pantun Pengacara Majlis Ke Perkahwinan

Walimatulurus Salam bertaut kasih berpadu, Kami ingin merafak sembah duri semalu Merungkai ilham kasih kayangan Agar janji senantiasa segar Dalam lipatan ingatan mekar Dengan sukacita dan rendah hatinya, kami ingin menjemput: Ke teratak usang kami kerana melangsungkan perkahwinan putera/puteri kami yang disayangi. Apalah yang ada pada kami, rupa tiada, jasa tiada, budi pun tiada. Namun, kami amatlah berbesar hati jika Tuan sudi bertandang mencemar duli dan noda, hadir ke majlis kecil kami. Tiada serinya majlis ini tanpa kehadiran Tuan yang ibarat cahaya api pelita di dalam pekat malam.

Resipi Juadah Berbuka Puasa

Resipi di kala berpuasa di dalam Bulan Ramadhan adalah sangat dicari kerana siang kita berpuasa, tiba malam kita mahu menjamu selera. Beli juadah di Bazaar Ramadhan? Boleh juga tetapi lebih seronok bila dapat dimasak sendiri dan lebih terjamin kebersihannya. Di sini, Sha paparkan resipi yang sesuai dibuat untuk berbuka puasa. Resipi 1: Ayam Krim Mentega (Butter Cream Chicken) Bahan-bahan: 500 gram isi ayam -dipotong senipis satu inci 2 biji bawang putih - dicincang 1 biji telur ayam - untuk disalutkan ke atas ayam, kacaukan sedikit dengan garfu 2-3 pelepah daun kari 2 sudu besar butter 2 sudu besar susu pekat manis (boleh juga digantikan dengan susu cair) 10 biji cili padi - dipotong nipis-nipis 2 sudu besar tepung gandum - untuk salut ayam Minyak untuk menggoreng ayam Sedikit air - untuk membuat salutan Garam secukup rasa. Cara-cara: 1. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum yang telah ditambahkan sedikit garam. Gaulkan. 2. Seterusnya, gaulkan ayam sedikit

Open Tracker