Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pantun Pengacara Majlis Ke Perkahwinan

Walimatulurus Salam bertaut kasih berpadu, Kami ingin merafak sembah duri semalu Merungkai ilham kasih kayangan Agar janji senantiasa segar Dalam lipatan ingatan mekar Dengan sukacita dan rendah hatinya, kami ingin menjemput: Ke teratak usang kami kerana melangsungkan perkahwinan putera/puteri kami yang disayangi. Apalah yang ada pada kami, rupa tiada, jasa tiada, budi pun tiada. Namun, kami amatlah berbesar hati jika Tuan sudi bertandang mencemar duli dan noda, hadir ke majlis kecil kami. Tiada serinya majlis ini tanpa kehadiran Tuan yang ibarat cahaya api pelita di dalam pekat malam.

Resipi Juadah Berbuka Puasa

Resipi di kala berpuasa di dalam Bulan Ramadhan adalah sangat dicari kerana siang kita berpuasa, tiba malam kita mahu menjamu selera. Beli juadah di Bazaar Ramadhan? Boleh juga tetapi lebih seronok bila dapat dimasak sendiri dan lebih terjamin kebersihannya. Di sini, Sha paparkan resipi yang sesuai dibuat untuk berbuka puasa. Resipi 1: Ayam Krim Mentega (Butter Cream Chicken) Bahan-bahan: 500 gram isi ayam -dipotong senipis satu inci 2 biji bawang putih - dicincang 1 biji telur ayam - untuk disalutkan ke atas ayam, kacaukan sedikit dengan garfu 2-3 pelepah daun kari 2 sudu besar butter 2 sudu besar susu pekat manis (boleh juga digantikan dengan susu cair) 10 biji cili padi - dipotong nipis-nipis 2 sudu besar tepung gandum - untuk salut ayam Minyak untuk menggoreng ayam Sedikit air - untuk membuat salutan Garam secukup rasa. Cara-cara: 1. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum yang telah ditambahkan sedikit garam. Gaulkan. 2. Seterusnya, gaulkan ayam sedikit

Tips Interview Sektor Kerajaan, Sektor Awam: Cara Susun Sijil

Tips temuduga sektor kerajaan atau juga dikenali sebagai sektor awam. Cara susun sijil yang akan ditemuduga. Adalah dengan mudah, apabila kita dipanggil nama untuk semakan sijil, sijil kita dalam keadaan tersusun. Tidaklah nanti kita kalang-kabut dan sijil terbang. Ini bukan cerita tipu. Aku nampak dengan mata kepala sendiri. Kakak itu kalang-kabut dan sijil-sijilnya terbang hingga ke kaki calon lain. Fuh, kesian sangat aku melihatnya. Aku yang sudah bersiap sedia ini pun bila diminta salinan ic dan salinan surat beranak, aku nak bagi yang original. Nampak tak kekalutan dan kedebaran yang berlaku di situ? Cara susunan sijil adalah seperti berikut: 1. Kad pengenalan 2. Surat Beranak (Sijil Kelahiran) 3. SPM 4. Tamat Sekolah SPM - untuk tingkatan 5 5. Sijil akademik yang lain (jika ada) - STPM dan tamat sekolah untuk tingkatan 6. 6. Diploma/Ijazah dan transkrip 7. Sijil berkaitan dengan kerja (jika ada) 8. Sijil penglibatan aktiviti (ASAL sahaja) Kesemua perkara di atas

Open Tracker