Langkau ke kandungan utama

Catatan

BFF Kesayanganku Yang Tersayang

Assalamualaikum. Aku mempunyai bffs dan aku sayang mereka. Aku nak cari lagi kawan baik. Bukan tak cukup, bukan tamak. Tapi best bila ada ramai sahabat. Aku bersyukur sangat, semasa aku susah, ramai kawan kawan muncul. Bagi nasihat, bagi sokongan. Itu lah gunanya sahabat. Dan seorang bff aku sentiasa di hati.. *kau lah selalu, selalu di sisiku, menemaniku, pahit manis hidupku* Korang ada bff, sahabat, teman tapi mesra, kawan baik, kawan rapat, best friend, best friend forever bff tak? Maaf, entri pendek. Entri panjang penuh bermakna yang dah siap taip, hilang ditelan macam tu je. Penat tau menaip pakai hp biasa sahaja, bukan qwerty.

Alhamdulillah Rezeki Nuffnang, Dah Bagi Duit

Assalamualaikum. Apa khabar wahai pembaca setia blogku? Erk, bajet je ada pembaca setia dan peminat misteri. Hehe~ Apa nak buat, bukan lama tak nak up date. No no no.. Sebabnya lapppy bermasalaha. Nak format, ongkosnya pula kurang mencukupi. Al maklumlah kerja biasa-biasa saja. Tapi bersyukurlah, lepaslah untuk diri sendiri dan adik-adik sikit-sikit. Alhamdulillah, walaupun jarang-jarang up date tetapi Buffered Earning duk menari-nari dalam blog kesayanganku ini. Syukur, rezeki ALLAH yang bagi. Rahsia? Nak rahsia pasal nak dapat BE Nuffnang? Oh, senang je. Korang kena banyak menulis entri. Entri aku sikit jer, semuanya dalam seribu lebih je. Apa yang aku nak tekankan di sini, tulislah entri yang memberi manfaat kepada orang lain dan benda itu orang cari. Susah nak tulis sesuatu yang orang suka? Belajarlah menulis entri. Tulis banyak-banyak. Oh ya, jangan lupa untuk berjalan-jalan ke blog orang lain jugak. Dari situ, korang akan dapat belajar sedikit sebanyak. Belajar k. Kal

Open Tracker