Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pilih Kawan Pada Pakaian

Assalamualaikum. Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu. Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu. Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat. Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan. Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wan

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Open Tracker