Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Bagaimana Bila Pendapat Tak Sama

Pendapat Semua orang ada pendapat sendiri Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain. Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat. Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita. Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu. Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu. Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu. Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English. Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia. Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia. Kesimpulan Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala. Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa bertengkar, kan lebih baik.

Open Tracker