Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jangan Dengkilah Wahai Blogger

Assalamualaikum. Cerita pasal blogger ni kadang-kala boleh buat satu kamus tebal. Haha~ Sepanjang 3 tahun aku berada dalam bidang blogging dan setahun baru aktif, banyak juga karenah blogger yang dapat aku jumpa. Sekarang ini, heboh dengan pertandingan Digi Awards. Aku pun join juga sekadar mahu memeriahkan suasana dan pertandingan. Nak menang tu tak ada harapanlah. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat promosikan blog aku yang tidak seberapa ini. Itu dah kira promosi free. Undilah aku ye. Kesian kat aku. Hahaha, undilah blog aku ya, daripada korang tak ada buat apa-apa tu, apa salahnya sumbangkan masa sekejap untuk aku, kan? Thehihi~ Blogger hebat dengki Karenah blogger yang aku nak bincang ni rasanya dah ramai orang tahu. Aku pun pernah suka dan pernah tak suka dengan seorang blogger A ini tapi aku neutral balik setelah kawan aku yang dapat no 2 dalam Social Media Awards,menberi pendapat kira aku dah fikir positif pasal blogger A yang aku maksudkan. Masalahnya sekarangnya,

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat

Assalamualaikum. Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya. Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini. Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya. Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku terima

Ada Masalah, Bersyukurlah

Assalamualaikum.. Aku setuju sangat dengan gambar di atas. Lappy aku pun ada masalah juga. Tapi memang bersyukurlah, kadang-kala boleh on line, kadang kala susah. Bab broadband, aku malas nak aktifkan balik, dah terminate pun. Dah tak ada hutang tu kira okay la. Rimas aku nak fikir bab hutang-hutang ni. Sekarang ni aku guna kredit prepaid je. Terima kasih untuk encik abang tersayang sebab dia yang kasi kredit untuk dibuat beli broadband weekly. Kalau ikut aku, nak je buat broadband daily tapi dia suruh ambil yang weekly punya, aku sambar je la. Tambahan pula bukannya duit aku pun. Hahaha~ Kesimpulan Bersyukurlah dengan apa yang ada. Berterima kasihlah kepada mereka yang berbudi.

Open Tracker