Assalamualaikum. Ini adalah entri peribadi. Ke hadapan awak yang sedang membaca entri blog saya ini, saya yang suruh awak baca ya? Kejam kan saya tu? Hehe, jangan marah. [Jelir lidah] Awak, saya tak tahu kenapa saya mempunyai perasaan begini. Sumpah, saya tak pernah berperasaan begini dengan sesiapa lagi. Kenapa ya? (Ops, janganlah cakap ianya dari syaitan. Kalau dari syaitan, bla bla bla.. susah nak cakap kat sini, [kalau nak tau, mesej saya]. Saya memang terasa hatilah kalau awak cakap ianya dari syaitan. Kenapa nak masuk campur dengan syaitan sedangkan tak semua awak cakap pasal syaitan?) Adakah awak juga berperasaan sama seperti saya? Maaf, saya tak mahu untuk mendedahkan di sini apakah perasaan saya kerana internet terlalu terbuka. Saya juga tak mahu kalau-kalau ‘orang seterusnya’ akan terasa hati. Jadi, kalau awak nak tahu apakah rasa itu, SMSlah saya. (No saya masih awak simpan, kan? [Smile]) P/s: Kalau tiada apa pun, saya tak kisah. Mungkin jalan kita berbeza.