Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dah Pandai Masak, Boleh Kahwin

Assalamualaikum. Aku sajikan korang dengan cerpen. Kalau dah cerpen, agak panjang. "Mana kakak?" "Duk masak." "Masak apa tu?" Sapa abang iparku di muka dapur, mengejutkan aku dari lamunan, berkira-kira untuk mengagak sukatan yang tepat meletakkan garam pada sebatian tepung. "Goreng lauk," jawabku, selindung resipi yang aku mahu masak. Kebetulan ikan sedang dimasak dalam kuali. Abang ipar menghampiri. Dia belek-belek sebatian tepung yang diletakkan atas para lantaran aku perlu mengalih ikan dalam kuali. "Apa ni?" "Cucur" "Cucur ke?" Alah, dia soal pula, tau la dia pandai masak pun. "Udang goreng mentega", jawabku acuh tak acuh sebab aku sibuk di dapur sekejap ke frigde ambil bahan nak masak. Aku kena cepat kerana sudah masuk waktu Maghrib, nak siapkan makan malam, mandi dan solat. Dah la sedari tadi lagi aku berjam-jam kat dapur kerana menolong emak membuat kuih. Alih-alih, mak tinggal

Imaginasi: Perlu Kembali

Assalamualaikum. Kali ni jom main berimaginasi/berangan sikit. Berjiwang-jiwang sikit. Jom main, best juga ni.. =) Korang pernah ada ex-bf/gf, putus lama dah. Tapi korang tau dia masih ada hati pada korang. Dia ada orang lain, korang pun ada orang lain. Jadi, hiduplah korang masing-masing dengan kehidupan korang. Korang pun dah berapa kali break up dengan lain. Dia pun sama. Sekarang ni masing-masing solo dan single mingle and available. Korang suka dengar radio on line. Kebetulan, si dia pula merupakan Deejay kat sebuah radio on line. Dia kasi link. Korang pun klik la. Nak mencuba dengar lagu dari radionya. Korang tulis kat wall dia, lagu stok-stok orang tua je dengar. Saya ni muda belia lagi cute lagi. Hahaha~ :P Serta merta dia pasangkan lagu rancak dan lagu muda belia. Hati korang berdetak kuat. Rindunya korang nak dengar suara lunak si dia yang telah bertahun korang tak dengar. Serius, korang rindu. Kenangan bersamanya sikit-sikit muncul. "apakah perasaanku

Belum Kahwin Tak Laku?

Assalamualaikum.   Sape kata orang yang tak kahwin lagi tu tak laku? Citt, porah.. Sape cakap orang yang belum kahwin tu tak ada yang berminat? Ramai kot yang berminat. Memilih? Ya, perlu pilih. Takut jatuh dalam mulut naga. Tak nak pisang berbuah dua kali. Sape bilang orang yang belum mendirikan rumah tangga tu sial dan bawa bala? Huish! Kalau tak tau cerita jangan cakap pandai hembus jer. Bawa sial Mengikut pengalamanku sendiri (berserta kawan-kawan yang belum kahwin), tak semua yang belum kahwin tu tak ada peminat, tak laku dan bawa sial. Bawa sial? Wei, sape korang yang boleh kata kat orang lain sial? Pak ustaz pun tak kata kat orang, korang yang iman senipis bawang pula nak kata kat orang? Cermin diri tu dulu, k. Kalau sampai masanya, kahwin la orang tu. Ko ingat orang yang tak kahwin tu tak teringin ke nak berpasangan dan menimang anak? Diorang pun teringin jugak. Fitrah manusia kot. Tapi kenapa tak kahwin?   Kalau belum sampai masanya yang telah ALLAH tent

Open Tracker