Langkau ke kandungan utama

Catatan

Membebel Sajalah Kerjanya

Assalamualaikum. Aku nak membebel je entri ni. Hehe~ -Parent aku masih berada di negara Arabs. Alhamdu lillah, sampai seru kedua ibu bapa tercinta ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji dan umrah. Aku bila lagi? Teringinnya sampai ke bumi tempat lahir Nabi s.a.w. Parent aku akan balik 29hb Nov, 2011, dijangka pukul 10.30 malam sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan pesawat KT49. Rindu juga nak bertemu dengan kedua ibu ayahku. Nak ngadu? Tak ada apa untuk aku adukan. Aku jenis tak reti nak adu domba. Aku jenis lurus bendul. Aku tak cakap jahat pasal orang walaupun tahu dia jahat. Maaf, ini bukan tempat untuk aku angkat diri masuk bakul eh terbalik, masuk bakul, angkat sendiri.. Aku cuma meluahkan rasa. Tak perlulah nak lemparkan tuduhan yang meragut ketenangan jiwaku. Aku tak kacau sesiapa, jadi tak perlu kau kacau aku. - Oh ya, mak ayah aku akan sampai. Jadi, aku kena kemas rumah lagi. Harap-harap esok secerah hari ni sebab luas juga rumah a

Jom Main Burung Ni-Twitter La

Assalamualaikum. Jom main twitter pula. Excited. Haha~ Ni username aku: @shamyheart Korang pula, bila dah add tu tegur-tegur la aku, jangan senyap je. Dah lama aku buat twitter ni, 2009. Lama, kan. Tapi aku tak reti nak guna. Pakai main hentam jer. Haha~ Then, tahun ni, aku rapat dengan Taufan (blogger) . Disebabkan kemerengannya kadang kala sama dengan kepala mereng aku, memang ngam la. Hahaha~ Aku belajar twit dengan dia, dia ajar aku. Terima kasih wei. Tapi sekarang, dah kurang rapat. Gaduh? Tak la. Tak pernah gaduh pun, kan Topan, kan? =) Then, bebaru ni, adikku pula, Anip (blogger) main twit pula. Wah, kelas ko Jah.. Peyan (blogger jugak) pun ada Twit juga kan? Ijam (pun blogger) pun ada. Class korang. Twit ni pun ok jugak. Aku tak tau nak huraikan lagi. Sebab aku tak main sangat. Baru nak berkenalan. Selamat berkenalan ya si burung biru. Hehe~ So, jom la beralih ke arah si burung twit pula. =) Follow me: http://twitter.com/#!/shamyheart Anything can hap

Kuatkanlah Diri Anda Walaupun Tak Sihat

Assalamualaikum pembuka kata. -Aku cuma nak kongsi rasa sahaja di sini. Kepala aku serabut. Macam-macam yang berlegar-legar macam galaksi bima sakti berputar pada paksi dan berpusing mengelilingi matahari. -Aku hari ini ada juga aku buat blogwalking. Jumpa blog yang biasa-biasa tapi cara penyampaiannya amat menarik. Malangnya aku tak dapat nak tinggalkan jejak. Entah salah blognya yang tak buat pop up comment atau line internet yang menggila. Agak rugi di situ. -Bangun pagi tadi, terus rasa tidak sedap badan. Mahu rasanya menyambung tidur tapi teringatkan adikku yang mengambil peperiksaan SPM hari ni, membuatkan aku menggagahkan diri juga untuk bangun. Kasihan pula melihat adikku kelaparan. Aku juga pernah mengambil peperiksaan, apabila balik, mahu makan, kan. Jadi aku faham perasaan adikku. Jadi keinginan untuk merehatkan badan, ku buang jauh-jauh. -Terasa sangat malas tatkala tangan sudah memegang periuk nasi kerana sakit menghantui badan dan kepala. Tapi aku cepat-cepat abai

Open Tracker