Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kuatkanlah Diri Anda Walaupun Tak Sihat

Assalamualaikum pembuka kata. -Aku cuma nak kongsi rasa sahaja di sini. Kepala aku serabut. Macam-macam yang berlegar-legar macam galaksi bima sakti berputar pada paksi dan berpusing mengelilingi matahari. -Aku hari ini ada juga aku buat blogwalking. Jumpa blog yang biasa-biasa tapi cara penyampaiannya amat menarik. Malangnya aku tak dapat nak tinggalkan jejak. Entah salah blognya yang tak buat pop up comment atau line internet yang menggila. Agak rugi di situ. -Bangun pagi tadi, terus rasa tidak sedap badan. Mahu rasanya menyambung tidur tapi teringatkan adikku yang mengambil peperiksaan SPM hari ni, membuatkan aku menggagahkan diri juga untuk bangun. Kasihan pula melihat adikku kelaparan. Aku juga pernah mengambil peperiksaan, apabila balik, mahu makan, kan. Jadi aku faham perasaan adikku. Jadi keinginan untuk merehatkan badan, ku buang jauh-jauh. -Terasa sangat malas tatkala tangan sudah memegang periuk nasi kerana sakit menghantui badan dan kepala. Tapi aku cepat-cepat abai

Berterima Kasih kepada Orang Lain

Assalamualaikum. ♥ Berterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara ♥ Berterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga. ♥ Berterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan. ♥ Berterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang. ♥ Berterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan. ♥ Berterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik!! P/s: Terima kasih Indonesia =P Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ong Kim Swee Bidas Wartawan Tanya Soalan Bukan-bukan

Assalamualaikum. Aku terjumpa video ni masa jalan-jalan. Terbaik la jawapan Coach Ong Kim Swee. Jom tonton. Eh, macam tonton.com pula. Hehe~ Kalau kita berada di tempat yang sama, mesti rasa bengang jugak. Ye la, dengan letih, banyak tekanan, layanan yang teruk di Indonesia, penyokong Indonesia buat macam-macam hal, sekat bas, ludah, tunjuk isyarat lucah, sampai bas tak boleh gerak nak balik ke hotel penginapan yang tak sampai 1KM pun. Sudahnya tersadai kat jalan sejam dua, lastly naik barracuda jugak. Pemain Malaysia pula bermati-matian main, balik sini dihidang dengan soalan macam tu, memang kena sembur la. Tapi OKS ni pun profesional juga, cara cakap tu tak de la kasar pun. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa, kan. Hehe~ P/s: Perempuan yang tanya, kenapa coach lambat tu, rasa macam tanya soalan kepada bf dia pula, 'kenapa ayang lambat? Hehe~ Diorang tak tau kot, sebenarnya pasukan negara kena sekat oleh penyokong (macam aku bagitau kat atas tu). Keselamatan t

Open Tracker