Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cermin Mata Lambang Gaya Peribadi

Entri ini adalah super-duper panjang. Harap maklum. Tapi ia amat bernilai untuk tambah ilmu. Maka, adalah eloknya korang baca. ZAMAN ini bukanlah satu perkara yang pelik apabila melihat seseorang yang tidak rabun memakai kaca mata berbingkai besar. Sesetengahnya pula, jika dilihat dengan jarak dekat, hanya memakai bingkainya manakala cerminnya pula sudah dibuang. Namun, itulah trend terkini bagi penggemar cermin mata. Tidak seperti kebanyakan pengguna yang lebih gemar memakai kanta lekap yang mudah didapati dalam pelbagai warna, cermin mata dapat membuatkan saiz mata kelihatan lebih besar. Cermin mata bukan lagi memberi maksud pemakainya mengalami masalah penglihatan seperti sensitif pada silau atau rabun. Ia kini adalah sebahagian aksesori yang menjadi pelengkap gaya individu. Pilihan cermin mata tampil dalam pelbagai rekaan terutama rekaan klasik yang menjadi kegilaan masa kini. Bingkai ringkas rona hitam bersaiz besar seringkali dilihat menjadi pilihan dal

Uniknya Peribahasa Melayu

Gambar bekas PM kita.. Assalamualaikum. Apa khabar? Kali ini, jom belajar sikit peribahasa Melayu. Aku rasa ramai yang tak tau, sebab aku sendiri pun tak tau. Haha~ Aku dapat ni dari group persatuanku. Bukan group blogging tau. 1. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung = tidak mementingkan diri sendiri 2. Memelihara gajah putih = menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tidak mendatangkan faedah 3. Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok = berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang (Melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan seperti kuda. Meromok = duduk meringkuk) 4. Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran = fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu 5. Syarak mengata, adat menurut = syarak dan adat tidak dapat dipisahkan 6. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah = pergaulan dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak 7. Ma

Kutu Banyak Giler Kat Rambut! Gelinya

Assalamualaikum. Entri peribadi. Malam semalam, aku sedih sebab duit hilang tapi paginya aku bermimpi tentang kutu. Aku mimpi kakakku menyisir rambutku dan kutu banyak sangat di sikat. Ada kutu yang besar, ada yang kecil. Banyak sangat. Eee, gelinya! Bergegas aku lari dan ambik sikat buluh untuk perangkap kutu. Aku cuba gunanya sendiri dan hasilnya sekali sikat, ada juga yang melekat tetapi kutu kecil. Semuanya aku bunuh. Itu la mimpiku. Aku google cari tafsirnya.. Orang kata kalau mimpi pasal kutu ni membawa kebahagian atau mendapat rezeki secara mendadak. Kalau mimpi membunuh seekor kutu maknanya dapat keberuntungan yang besar ( sumber ). Jadi, aku mimpi bunuh banyak ni maknanya? Dapat keuntungan yang banyak ke? Haha~ So far, aku tak nampak kat mana rezeki akan sampai. Adakah dari langit? Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek. Ada jugak dari yang aku baca tu, dia pernah mimpi pasal kutu ni banyak kat rambut dia. Then, dia kahwin awal tanpa dirancang.

Open Tracker