Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rumah Hangus Terbakar Tapi Al-Quran Terjaga

Assalamualaikum... Itulah, kebesaran ALLAH. Jom, kita baca.. Al-Quran, kain ela tidak hangus RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam. KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api. Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin. Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.  

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 38): Akan Berlalukah Mendung?

HARI itu hari Jumaat. Cuaca cantik. Malam nanti akan diadakan majlis doa selamat di rumah Tan Sri Razlan. Puan Sri Zalia sangat berharap agar majlis doa selamat dapat diadakan supaya segala yang dirancang berjalan lancar. Akhir-akhir ini perasaannya sangat gelisah. Dia kurang pasti apa yang meresahkannya tapi harapannya biarlah apa yang direncanakan kali ini tidak lagi gagal seperti yang sudah-sudah. Selepas solat Isyak, tetamu yang diundang termasuk dari jemaah surau berdekatan sudah mulai membanjiri kawasan rumah. Di hadapan halaman kediaman mewah itu sudah berdiri khemah-khemah berserta kerusi-meja untuk para tetamu menjamu selera selepas selesai majlis doa selamat. Para pekerja kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing. Di dalam rumah, tetamu yang hadir sudah mengambil tempat masing-masing. Ruang rumah yang sememangnya lapang bertambah lapang setelah sebahagian perabot seperti kerusi meja dialih untuk memberi keselesaan pada para tetamu. Kaum lelaki duduk di baha

Dokumentari silat dijangka dapat sambutan hangat

Assalamualaikum... PESILAT beraksi ketika penggambaran dokumentari Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gurun semalam. GURUN - Program dokumentari realiti televisyen, Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru yang mengetengahkan dunia persilatan Melayu dijangka menerima sambutan daripada penonton termasuk kira-kira 2.5 juta pengamal silat di negara ini. Rakaman dokumentari yang dijadualkan tamat pada 20 Jun itu bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 1 Ogos depan. Penganjur kejuaraan itu, Jak Othman berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menyiarkan program dokumentari tersebut di negara Arab menerusi 30 stesen televisyen dengan anggaran penonton 300 juta orang. "Selain itu, kita merancang untuk menyiarkannya ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea selaras dengan misi untuk menyemarakkan perkembangan seni silat tanah air dan memperkenalkannya di peringkat antarab

Open Tracker