Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa Itu Lintasan Buruk?

Assalamualaikum... Entri tazkirah ya hari ini tuan-tuan dan puan-puan. Eh, macam nak masak pula. Hehe~ Apa itu lintasan buruk? Ini bukan lintasan keretapi laju berkembar tau.. Bukan jugak lintasan budak-budak sekolah tau. Kalau nak tau, apa lagi, jom baca.. Terjumpa tulisan tentang lintasan buruk dalam yahoo mail. Rasanya eloklah dikongsikan kepada blogger, mahupun pembaca sekalian.. Semoga kita semua  berada dalam pemeliharaan Allah hendaknya 1)    Pengarang kitab "al-Fawaid", Ibnu Qayyim telah menerangkan  mengenai simpang-siur kehidupan dunia. Beliau menjelaskan  bahawa setiap perbuatan manusia, biasanya didahuli oleh lintasan- lintasan (khawatir) atau gagasan.  Faktor inilah yang kemudiannya mengundang munculnya tasawwur (gambaran). Selepas itu muncul pula iradah (kemahuan) yang selanjutnya mendorong kehadiran perbuatan (amal). Apabila perbuatan itu terjadi berulang kali, maka ia akan menjadi kebiasaan.

Multivitamin Daripada Alam

Assalamualaikum... Multivitamin Daripada Alam Banyak kajian telah menunjukan pengambilan permakanan tambahan boleh meningkatkan taraf kesihatan individu. Perkara ini disebabkan jenis- jenis makanan yang diambil kurang zat-zat yang diperlukan oleh badan atau berlebihan perkara yang tidak perlu banyak seperti gula, garam dan lemak. Zaman moden ini dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang zat boleh menyebabkan badan dahagakan zat-zat yang perlu dalam memastikan badan terus berfungsi dengan baik. Spirulina merupa sejenis tumbuhan satu sel yang kaya dengan pelbagai vitamin dan zat galian. Sprirulina dipercayai adalah photosynthetic yang pertama wujud lebih daripada 3.6 billion tahun yang dahulu. Spirulina dikatakan makanan yang kaya dan lengkap secara semula jadi hasil daripad alam. Ia kaya dengan multivitamin, zat galian dan pelbagai khasiat bertumpu pada satu tumbuhan berbanding dengan jenis makanan, tumbuhan dan herba yang lain. Spirulina 100 kali lebih B

DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (2)

Assalamualaikum... Entri ini adalah kesinambungan dengan DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (1)   Kalau belum baca, silalah klik yer.. Okay, entri ini nak berkongsi dengan pembaca semua tentang dialog rumah tangga. Aku ambik dari Ujang Moy. Kelakar la jugak.. Kalau nak tau, sila baca yer.. Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.

Open Tracker