Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jati Diri dalam Karangan Seni

Assalamualaikum...  Aha, bukan sajak ye, kawan-kawan. Ini adalah entri.. SEBAHAGIAN besar generasi muda di negara ini masih tidak mengetahui tentang puisi apatah lagi mengenal lebih mendalam mengenai konsep dan pengisian maksudnya. Seperkara yang terdetik dalam fikiran mereka tentang puisi adalah karangan seumpama lirik lagu dan patah-patah perkataan yang dibaca oleh pendeklamasi sempena sambutan acara tertentu. Lebih malang, mereka menganggap acara deklamasi puisi sesuatu yang membosankan. Mungkin itu stigma yang bersarang dalam diri sebahagian besar anak muda negara ini yang rata-ratanya lebih meminati budaya popular dari Barat berbanding resam bangsa sendiri. Secara umumnya, makna puisi menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bermaksud karangan yang berbentuk sajak termasuk syair, pantun dan lain-lain. Pemuisi pula bermaksud orang mencipta iaitu mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi ataupun penyajak. Bagaimanapun, generasi muda tida

Harga hidup INI!

Assalamualaikum... Apa pendapat kalian jika Tuhan mengeluarkan bil? Ya, bil bulanan kita di dunia. Tiba-tiba, ada bil seperti ini sampai ke tangan kita : Agak-agaknya, mampu tak kita untuk membayarnya? Hakikatnya, jumlah yang tercatat dalam bil di atas, pastinya belum sampai setitis pun nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita yang ternyata adalah PERCUMA! Itu belum lagi dimasukkan sahabat, keluarga, jiwa, akal, alam sekitar dan BANYAK lagi. Di dalam al-Quran pun ada tercatat : “Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung” (Surah Ibrahim: ayat 34) Baiklah, apa kata kita kecilkan sikit skop kita, hanya kepada oksigen sahaja. Katakan kadar harga oksigen RM1.00 sekali bernafas. Kajian pula menyatakan manusia dewasa bernafas sebanyak 18-30ribu kali sehari. Kita andaikan 20ribu kali ya sahabat semua. Katakanlah pula, hayat kita kini 21 tahun. Ayuh kita kira sama-sama : 21 (tahun) x 365 (hari) x 20,000 (kali nafas) = 153,300,000 k

Saintis Rancang Gali Pusat Bumi

GAMBARAJAH lapisan bumi. Assalamualaikum... LONDON - Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam. Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.

Open Tracker